Pengenalan
Malaysia dan Indonesia merupakan negara serumpun yang juga disebut sebagai Nusantara. Terdapat pelbagai persamaan di antara kedua-dua negara yang saling berkait rapat ini. Secara peribadi saya sendiri merupakan generasi ketiga suku kaum Banjar dari Padjukungan dan Tungkal, Banjarmasin, Kalimantan, Indonesia. Arwah datuk saya merantau lalu menetap di Tanah Melayu sebelum zaman kemerdekaan lagi dan mendapat kerakyatan Malaysia. Saya amat bersyukur kerana menjadi salah seorang rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya ini.

Oleh yang demikian, keluaran bersama antara Malaysia dan Indonesia ini amatlah saya nantikan kerana selain daripada minat saya yang mendalam terhadap tema ini, ia juga merupakan keluaran bersama ketujuh dalam sejarah setem keluaran bersama Malaysia, sekaligus secara tidak langsung menambahkan lagi koleksi setem keluaran bersama Malaysia saya. Keluaran ini juga merupakan yang keempat dijayakan bersama negara-negara ASEAN.
Secara umumnya, setem keluaran bersama yang bertajuk Keluaran Bersama Malaysia - Indonesia ini dikeluarkan tepat pada masanya dalam usaha menjernihkan hubungan kedua-dua buah negara yang dilanda pertelingkahan kecil pada tahun-tahun kebelakangan ini. Namun, segala permasalahan berjaya diatasi bersama menerusi pendekatan adik-beradik. Seperti yang tercatat pada risalah Malaysia dan Indonesia, setem keluaran bersama ini dihasilkan untuk memupuk kefahaman dan hubungan silaturrahim di kalangan rakyat kedua-dua buah negara yang memiliki banyak persamaan serta mengajak kita untuk merenung kembali sejarah masing-masing dengan tujuan membina cita-cita bersama ke arah keamanan, pembangunan dan kemakmuran kedua-dua buah negara.

Keluaran Bersama Malaysia - Indonesia ini agak menarik kerana masing-masing bukan hanya mengeluarkan satu atau dua reka bentuk setem, tetapi lapan reka bentuk semuanya dengan empat reka bentuk setem mewakili Malaysia dan empat reka bentuk setem lagi mewakili Indonesia. Empat tema utama digunakan pada reka bentuk setem-setem ini iaitu tugu kebangsaan, matawang pertama selepas kemerdekaan, setem pertama selepas kemerdekaan dan spesies ayam hutan.
Ciri-Ciri & Perbezaan
Setem ini dikeluarkan pada 8 Ogos 2011. Sebanyak lapan setem dikeluarkan dalam satu lembaran setem oleh Pos Malaysia dengan denominasi 90 sen setiap satu (RM7.20 bagi sehelai lembaran setem). 90 sen merupakan tarif penghantaran surat tidak lebih 20 gram ke serata negara ASEAN. Manakala sebanyak lapan setem juga dikeluarkan oleh Pos Indonesia dengan denominasi Rp 2,500 setiap satu (kira-kira 90 sen) dalam dua format berbeza, iaitu dalam satu lembaran setem (bernilai Rp 20,000 atau kira-kira RM7.00) dan dalam dua lembaran setem yang diasingkan setem-setem yang mewakili Indonesia dan Malaysia (bernilai Rp 80,000 atau kira-kira RM27.98). Saiz setem bagi kedua-dua buah negara adalah sama, iaitu 40mm lebar dan 30mm panjang. Namun begitu, keluaran bersama ini saya klasifikasikan sebagai setem seiras (identical) atas sebab-sebab berikut:

- Terdapat perbezaan dari segi format keluaran, Pos Malaysia mengeluarkan dua jenis format, iaitu empat setem setenant dalam lembaran setem dengan tebukan dan lembaran setem tanpa tebukan.
- Pos Indonesia juga mengeluarkan setem ini dalam dua jenis format, iaitu lapan setem berasingan dalam dua lembaran setem (full sheet menurut istilah Pos Indonesia) dan empat setem setenant dalam satu lembaran setem (mini sheet menurut istilah Pos Indonesia).
- Selain nama negara, tahun keluaran, denominasi, nama tema dalam bahasa masing-masing dan Bahasa Inggeris, setem-setem keluaran Pos Malaysia memaparkan tajuk keluaran dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, manakala setem-setem keluaran Pos Indonesia hanya memaparkan tajuk keluaran dalam Bahasa Indonesia sahaja, tambahan pula setiap keping setem ditandakan dengan nombor reka bentuk masing-masing, daripada 1/8 hingga 8/8.
- Susunan setem pada mini sheet Indonesia agak pelik. Oleh kerana cuba untuk memberikan persamaan dengan keluaran lembaran Malaysia, setem-setem Indonesia disusun dengan janggal, bermula dengan nombor 5/8 dan kemudiannya 1/8. Adalah lebih baik sekiranya setem yang mewakili reka bentuk Indonesia diletakkan di sebelah kiri agar susunannya lebih teratur.
- Setem Indonesia mempunyai kod produk tersendiri, full sheet ditandakan dengan kod 111112, manakala mini sheet ditandakan dengan kod 111312 dan sampul surat hari pertama ditandakan dengan kod 112112.
- Setem Malaysia dicetak secara penuh manakala setem Indonesia mempunyai bingkai berwarna putih.
- Warna dan gambar setem-setem keluaran Pos Malaysia lebih terang dan jelas berbanding setem-setem keluaran Pos Indonesia yang agak kabur dan pudar. Selain itu, saiz gambar Matawang ORI dan Setem Tentera Surakarta pada setem-setem Keluaran Pos Malaysia besar sedikit berbanding setem-setem keluaran Pos Indonesia.
- Terdapat sedikit perbezaan pada gambar Tugu Negara Malaysia bagi kedua-dua setem Malaysia dan Indonesia. Bendera Malaysia berkibar ke sebelah kanan pada setem Malaysia berbanding ke sebelah kiri pada setem Indonesia. Berkemungkinan Bendera Malaysia pada setem Indonesia diubah suai sedikit bagi mengelakkan ia bertindih dengan nama negara Indonesia.
- Terdapat kesilapan kecil pada setem-setem keluaran Pos Malaysia, nama saintifik kedua-dua ayam yang dipaparkan sepatutnya ditulis sebagai Gallus gallus dan Gallus varius, bukannya Gallus Gallus dan Gallus Varius.
Butiran Teknikal Setem
| ||
Nama Negara
|
Malaysia
|
Indonesia
|
Tajuk Keluaran
|
Keluaran Bersama Malaysia - Indonesia
Malaysia - Indonesia Joint Issue
|
Penerbitan Prangko Bersama Indonesia - Malaysia
Indonesia - Malaysia Joint Issue of Stamp
|
Saiz Setem
|
40mm x 30mm
|
40mm x 30mm
|
Tebukan
|
14
|
12.75 x 13.50
|
Kertas
|
Tera Air SPM, Bersalut Fosfor
|
Tullis Russel, Pelekat PVA
|
Proses Percetakan
|
Litografi
|
Offset
|
Pereka Bentuk Setem
|
Peter Chuah,
Orient Communications
|
Tata Sugiarta,
Creativa Vistama
|
Pencetak
|
Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd.
|
Perum PERURI
|
Kuantiti Keluaran
|
|
|
Brosur kedua-dua negara banyak memberi maklumat berguna terutamanya brosur Indonesia. Namun begitu, terdapat banyak kesalahan ejaan dan fakta terutamanya pada brosur Malaysia. Contoh paling ketara ialah berkenaan Setem Tentera Surakarta, keterangan berkenaan setem ini tidak dinyatakan langsung pada brosur Malaysia, sebaliknya keterangan tentang setem yang tidak berkaitan dinyatakan pada brosur tersebut. Selain itu, terdapat kesilapan tarikh edaran Matawang ORI (sepatutnya 30 Oktober tetapi dinyatakan 3 Oktober pada brosur Malaysia). Pada brosur Indonesia, dinyatakan bahawa Tugu Negara dirasmikan pada 8 Februari 1996 (tarikh sebenar ialah 8 Februari 1966). Selain itu, kenyataan Tunku Abdul Rahman melambai ke arah rakyat juga tidak tepat, kerana pada gambar setem itu hanya memaparkan wajah Tunku Abdul Rahman sedang bercakap menggunakan mikrofon manakala latar belakang rakyat pula melambai ke arah kapal layar dan burung merpati.
Selain Setem, Apa Lagi?
Pos Malaysia Berhad mengeluarkan setem dalam bentuk lembaran dengan tebukan dan lembaran tanpa tebukan, sampul surat hari pertama dan folder. Manakala PT Pos Indonesia mengeluarkan setem dalam bentuk full sheet dan mini sheet serta sampul surat hari pertama. Kedua-dua negara juga mengeluarkan sampul kenangan (atau Sampul Terpadu menurut istilah Pos Indonesia) bagi memperingati keluaran bersama ini. Untuk keluaran bersama kali ini, pengeluaran sampul kenangan ini mempunyai ceritanya yang tersendiri.
Pos Malaysia menerima sejumlah 5,000 keping sampul surat hari pertama kosong daripada Pos Indonesia. Seperti keluaran bersama sebelum ini, rancangan asal pengeluaran sampul kenangan adalah dengan melekatkan setem kedua-dua negara pada sampul surat hari pertama. Namun begitu, kekurangan sampul surat hari pertama Malaysia memaksa Pos Malaysia mengeluarkan sampul kenangan menggunakan sampul surat hari pertama Indonesia. Dipercayai hanya sebanyak 2,500 keping sampul kenangan sahaja dikeluarkan. Setakat ini terdapat empat variasi berbeza untuk sampul kenangan Malaysia.
- Jenis A: 2 setem setenant Malaysia dilekat bersama 2 setem setenant Indonesia pada 2 keping sampul surat hari pertama Indonesia.
- Jenis B: 2 setem setenant Malaysia dilekat bersama 4 setem Indonesia pada 2 keping sampul surat hari pertama Indonesia.
- Jenis C: 2 setem setenant Malaysia dilekat bersama 2 setem setenant Indonesia pada 2 keping sampul surat hari pertama Malaysia.
- Jenis D: 2 setem setenant Malaysia dilekat bersama 4 setem Indonesia pada 2 keping sampul surat hari pertama Malaysia.
- Reka bentuk A: Setem Malaysia dalam bentuk blok-8 dilekat bersama Setem Indonesia dalam bentuk blok-8. Sebanyak 100 keping sahaja dikeluarkan.
- Reka bentuk B: Setem Malaysia dalam bentuk blok-8 dilekat bersama Setem Indonesia dalam bentuk blok-8. Sebanyak 1,000 keping sahaja dikeluarkan.
Set lengkap setem Malaysia dan setem Indonesia serta sampul surat hari pertama keluaran kedua-dua negara masih boleh didapati di eBay dan Delcampe dengan mudah. Malah, kedua-dua set setem ini masih boleh didapati di laman web jualan Pos Malaysia Berhad dan PT Pos Indonesia. Namun begitu, agak sukar untuk mencari sampul kenangan Malaysia dan Indonesia kerana kuantiti keluaran yang terhad. Namun begitu, saya cuba untuk membantu melengkapkan koleksi anda dengan menawarkan beberapa keping sampul kenangan Malaysia dan Indonesia untuk dijual. Sila ke laman jualan eBay saya untuk maklumat lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan