Keluaran bersama kali kelima buat Malaysia agak unik. Ini kerana ia dikeluarkan bersama dengan 9 lagi negara-negara Asia Tenggara lain, iaitu Brunei Darussalam, Cambodia, Indonesia, Laos, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand dan Vietnam. Keluaran bersama ini adalah bersempena Ulang Tahun ke-40 ASEAN. ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 dengan tujuan untuk mengukuhkan kerjasama serantau.
Pada mulanya, persatuan ini hanya dianggotai oleh 5 buah negara, iaitu Indonesia, Malaysia, Philippines, Singapore dan Thailand. 40 tahun berlalu, persatuan ini bertambah anggotanya kepada 10 apabila Brunei Darussalam menyertai ASEAN pada tahun 1984, diikuti Vietnam pada tahun 1994, Laos dan Myanmar pada tahun 1997. Walaupun Cambodia menyertai ASEAN bersama dengan Laos dan Myanmar pada tahun 1997, mereka terpaksa menarik diri disebabkan masalah politik dalaman negara. Cambodia hanya menyertai semula ASEAN pada tahun 1999.
Bagi memperingati Ulang Tahun ke-40 penubuhan ASEAN, 10 jabatan dan syarikat pos negara-negara ASEAN bersetuju untuk mengeluarkan setem keluaran bersama yang memaparkan seni bina setiap negara anggota. 10 reka bentuk setem ini digabungkan bagi membentuk sehelai lembaran setem.
Ciri-Ciri & Perbezaan
Agak sukar untuk menerangkan secara terperinci setiap setem dalam bentuk perenggan. Oleh yang demikian, saya telah membina rajah bagi memudahkan pembacaan anda. Rajah di bawah memaparkan maklumat-maklumat berkenaan setem-setem yang dikeluarkan.
Nama Negara |
BRUNEI DARUSSALAM
|
CAMBODIA
|
Gambar Setem Mengikut Negara | ||
Tajuk Keluaran | ASEAN Joint Stamp Issue | The ASEAN Omnibus Stamp 2007: ASEAN Joint Stamp Issue |
Tarikh Keluaran | 21 November 2007 | 8 Ogos 2007 |
Nama Bangunan / Binaan | Bangunan Sekretariat, Bandar Seri Begawan | Muzium Negara Cambodia |
Sejarah Bangunan / Binaan | Bangunan Sekretariat dibina pada tahun 1952. Ia merupakan kompleks Pejabat Perdana Menteri dan pejabat-pejabat kerajaan lain yang terletak di Jalan Elizabeth II. | Dibina antara tahun 1917 hingga 1924, muzium yang menyimpan pelbagai koleksi kebudayaan dan tradisi rakyat Cambodia ini telah dirasmikan oleh Raja Sisowath pada tahun 1920. |
Nilai Setem | B$0.20 x 10 (B$2.00) | 1,000R x 10 (10,000R) |
Saiz Setem | 40mm x 30mm | 43mm x 32mm |
Tebukan | 13.5 | 13 |
Susunan Setem (Turutan Nama Negara) | Atas ke bawah | Kiri ke kanan |
Kedudukan Logo ASEAN Dalam Setem | Bucu kiri, bawah | Bucu kanan, atas |
Pereka Bentuk | Pg. Hj. Mohd Yamin bin Pg. Setia Jaya bin Pg. Hj. Abdul Momin | Om Sam Ath |
Pencetak | Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd., Malaysia | Postal Stamp Printing Company, Vietnam |
Keistimewaan Reka Bentuk |
|
|
Kesilapan Yang Dikesan |
|
|
Nama Negara |
INDONESIA
|
LAOS
|
Gambar Setem Mengikut Negara |
|
|
Tajuk Keluaran | ASEAN Joint Stamp Issue | ASEAN Joint Stamp Issue |
Tarikh Keluaran | 8 Ogos 2007 | 8 Ogos 2007 |
Nama Bangunan / Binaan | Muzium Fatahillah, Jakarta | Rumah Tipikal Lao |
Sejarah Bangunan / Binaan | Juga dikenali sebagai Muzium Sejarah Jakarta, ia telah dibina pada tahun 1707. Dahulunya merupakan Bangunan Dewan Bandaraya Batavia, kini ia memelihara fakta sejarah berkaitan pembangunan Jakarta sejak ia dibuka sebagai muzium pada tahun 1974. | Rumah ini biasa ditemui di sekitar luar bandar. Ia dibina daripada kayu. Mempunyai tiang yang tinggi bagi mengelak banjir dan mendapatkan udara nyaman ketika hari panas. Ruang bawah rumah yang tinggi sesuai untuk menyimpan hasil tanaman, ternakan dan meletakkan mesin tenun kain. |
Nilai | Rp.2,500 x 10 (Rp.25,000) | 700K x 10 (7,000K) |
Saiz Setem | 40mm x 30mm | 43mm x 32mm |
Tebukan | 13.5 (Elips) | 13 |
Susunan Setem (Turutan Nama Negara) | Kiri ke kanan | Laos dahulu, kiri ke kanan |
Kedudukan Logo ASEAN Dalam Setem | Bucu kanan, atas | Bucu kanan, atas |
Pereka Bentuk | Tim Kreatif Pos | Vongsavanh Damlongsouk |
Pencetak | Perum PERURI, Indonesia | Postal Stamp Printing Company, Vietnam |
Keistimewaan Reka Bentuk |
|
|
Kesilapan Yang Dikesan |
|
Nama Negara |
MALAYSIA
|
MYANMAR
|
Gambar Setem Mengikut Negara |
|
|
Tajuk Keluaran | Keluaran Bersama ASEAN - ASEAN Joint Issue | ASEAN Joint Stamp Issue |
Tarikh Keluaran | 8 Ogos 2007 | 19 Oktober 2007 |
Nama Bangunan / Binaan | Bangunan Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu, Kuala Lumpur | Pejabat Pos Yangon |
Sejarah Bangunan / Binaan | Bangunan ini siap dibina pada tahun 1917. Merupakan antara bangunan terindah di Malaysia dengan gabungan senibina Gothik, Yunani, Empayar Uthmaniah dan Mogul, hasil idea arkitek British bernama A.B. Hubbock. Bangunan ini masih beroperasi sebagai Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu. | Bangunan yang mempunyai struktur binaan era Victoria ini dibina pada tahun 1908. Merupakan pejabat pos terbesar di Myanmar, ianya juga adalah antara bangunan bersejarah dan warisan nasional di bandar Yangon. |
Nilai | RM0.50 x 10 (RM5.00) | K50 x 10 (K500) |
Saiz Setem | 32mm x 27mm | 42mm x 30mm |
Tebukan | 13.5 | 14 |
Susunan Setem (Turutan Nama Negara) | Kiri ke kanan | Kiri ke kanan |
Kedudukan Logo ASEAN Dalam Setem | Bucu kanan, atas | Bucu kanan, atas |
Pereka Bentuk | Reign Associates Sdn. Bhd. | Zaw Htoo Aung |
Pencetak | Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd., Malaysia | Security Printing Works, Myanmar |
Keistimewaan Reka Bentuk |
|
|
Kesilapan Yang Dikesan |
|
|
Nama Negara |
PHILIPPINES
|
SINGAPORE
|
Gambar Setem Mengikut Negara |
|
|
Tajuk Keluaran | ASEAN Joint Stamp Issue: Modern Architectural Structures | 40th Year of ASEAN: ASEAN Joint Issue |
Tarikh Keluaran | 8 Ogos 2007 | 8 Ogos 2007 |
Nama Bangunan / Binaan | Istana Malacañang | Muzium Negara Singapore |
Sejarah Bangunan / Binaan | Istana ini merupakan kediaman rasmi Presiden Philippines. Terletak di tebing utara Sungai Pasig, Manila, istana ini dibina pada tahun 1802 oleh bangsawan berbangsa Spain. | Bangunan neo-klasik ini telah dibina pada tahun 1887 oleh Sir H.E. McCallum. Dahulunya dikenali sebagai Raffles Library and Museum, ianya telah diubahsuai dan dibuka semula sebagai Muzium Negara Singapore pada Disember 2006. |
Nilai | P20 x 10 (P200) | 1st Local - S$0.26 x 10 (S$2.60) |
Saiz Setem | 40mm x 30mm | 40.7mm x 29.85mm |
Tebukan | 14 | 13 |
Susunan Setem (Turutan Nama Negara) | Kiri ke kanan | Kiri ke kanan |
Kedudukan Logo ASEAN Dalam Setem | Bucu kanan, atas | Bucu kanan, atas |
Pereka Bentuk | Richard Allen Baron Randolph Siscar | Blue Apples Consultancy |
Pencetak | Amstar Company Inc., Philippines | Secura Singapore Pte Ltd, Singapore |
Keistimewaan Reka Bentuk |
|
|
Kesilapan Yang Dikesan |
|
Nama Negara |
THAILAND
|
VIETNAM
|
Gambar Setem Mengikut Negara |
|
|
Tajuk Keluaran | ASEAN Joint Stamp Issue | Tem Phát Hành Chúng ASEAN - ASEAN Joint Stamp Issue |
Tarikh Keluaran | 8 Ogos 2007 | 8 Ogos 2007 |
Nama Bangunan / Binaan | Rumah Besar Vimanmek, Bangkok | Istana Presiden, Hanoi |
Sejarah Bangunan / Binaan | Dibina dengan titah Raja Rama V (Chulalongkorn) pada tahun 1900. Bangunan dengan reka bentuk era Victoria ini merupakan kediaman tetap yang pertama di Taman Dusit. Ia juga merupakan rumah kayu jati keemasan yang terbesar di dunia. Atas cadangan Permaisuri Sirikit, kini ia merupakan Muzium Warisan Thailand. | Dibina antara tahun 1900 hingga 1906 oleh Auguste Henri Vildieu, arkitek rasmi France di Vietnam untuk menempatkan ibu pejabat Gabenor Jeneral Indochina. Bangunan dengan seni bina French Colonial ini juga mempunyai pengaruh seni bina Italianate Renaissance dan Baroque. Kini ia digunakan sebagai tempat mesyuarat kerajaan yang penting. |
Nilai | 3 Baht x 10 (30 Baht) | 800d x 10 (8,000d) |
Saiz Setem | 41mm x 30mm | 43mm x 32mm |
Tebukan | 13 | 13 |
Susunan Setem (Turutan Nama Negara) | Kiri ke kanan | Kiri ke kanan |
Kedudukan Logo ASEAN Dalam Setem | Bucu kanan, atas | Bucu kanan, atas |
Pereka Bentuk | Udoan Niyomthum | Hoang Thuy Lieu |
Pencetak | Thai British Security Printing Public Company Limited, Thailand | Postal Stamp Printing Company, Vietnam |
Keistimewaan Reka Bentuk |
|
|
Kesilapan Yang Dikesan |
|
|
Rajah di bawah menunjukkan anggaran nilai lembaran setem negara-negara ASEAN.
BND
|
KHR
|
IDR
|
LAK
|
MYR
|
MMK
|
PHP
|
SGD
|
THB
|
VND
| |
Brunei Darussalam
|
2.00
|
6,244
|
13,150
|
12,076
|
4.63
|
1,467
|
66.23
|
1.99
|
46.54
|
27,994
|
Cambodia
|
3.20
|
10,000
|
21,059
|
19,340
|
7.42
|
2,349
|
106.07
|
3.19
|
74.54
|
44,832
|
Indonesia
|
3.80
|
11,871
|
25,000
|
22,959
|
8.81
|
2,792
|
125.92
|
3.78
|
88.48
|
53,221
|
Laos
|
1.16
|
3,619
|
7,622
|
7,000
|
2.69
|
850
|
38.39
|
1.15
|
26.98
|
16,227
|
Malaysia
|
2.16
|
6,737
|
14,187
|
13,029
|
5.00
|
1,583
|
71.46
|
2.15
|
50.21
|
30,203
|
Myanmar
|
0.68
|
2,129
|
4,477
|
4,117
|
1.58
|
500
|
22.58
|
0.68
|
15.87
|
9,543
|
Philippines
|
6.04
|
18,855
|
39,708
|
36,466
|
13.99
|
4,428
|
200
|
6.01
|
140.54
|
84,531
|
Singapore
|
2.61
|
8,156
|
17,176
|
15,773
|
6.05
|
1,920
|
86.51
|
2.60
|
60.79
|
36,563
|
Thailand
|
1.29
|
4,025
|
8,476
|
7,784
|
2.99
|
946
|
42.69
|
1.28
|
30.00
|
18,044
|
Vietnam
|
0.57
|
1,784
|
3,758
|
3,451
|
1.32
|
419
|
18.93
|
0.57
|
13.30
|
8,000
|
Keterangan:
Nilai sebenar lembaran setem dalam mata wang negara-negara ASEAN. | |
Nilai anggaran lembaran setem negara-negara ASEAN dalam RM. | |
Nilai anggaran lembaran setem Malaysia dalam mata wang negara-negara ASEAN. |
Daripada anggaran nilai lembaran setem yang dinyatakan di atas dapatlah disimpulkan bahawa lembaran setem Vietnam merupakan lembaran setem termurah (kira-kira RM1.32 - RM0.13 satu setem). Manakala lembaran setem Philippines merupakan lembaran setem termahal (kira-kira RM13.99 - RM1.39 satu setem).
Rajah di bawah pula memaparkan lembaran setem yang dikeluarkan oleh 10 negara-negara ASEAN. Saya mengklasifikasikan keluaran bersama ASEAN ini sebagai serupa (similar). Walaupun setem-setem yang dikeluarkan mempunyai perbezaan dari segi susunan setem, akan tetapi perbezaan saiz adalah lebih ketara. Mungkin ada sesetengah orang menganggap setem-setem ini adalah Setem Omnibus, akan tetapi, perlu diingatkan bahawa Setem Omnibus merujuk kepada pereka bentuk dan pencetak yang sama mengeluarkan setem bagi negara-negara yang terlibat.
Apa yang jelas di sini, keluaran bersama ASEAN ini direka bentuk oleh 10 pereka bentuk yang berbeza. Cuma terdapat beberapa negara yang berkongsi syarikat percetakan yang sama. Setem-setem Brunei dan Malaysia dicetak oleh Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd., Malaysia. Manakala setem-setem Cambodia, Laos dan Vietnam dicetak oleh Postal Stamp Printing Company, Vietnam. Persamaan amat ketara pada setem-setem Cambodia, Laos dan Vietnam dari segi saiz setem. Ini kerana Cambodia dan Laos, mungkin kekurangan kemudahan percetakan di negara sendiri, sentiasa mendapatkan khidmat syarikat percetakan Vietnam untuk mencetak setem-setem keluaran negara mereka.
BRUNEI DARUSSALAM
|
CAMBODIA
|
INDONESIA
|
LAOS
|
MYANMAR
|
PHILIPPINES
|
MALAYSIA
| ||
SINGAPORE
|
THAILAND
|
VIETNAM
|
Selain daripada lembaran setem, terdapat lima buah negara, iaitu Cambodia, Indonesia, Laos, Philippines dan Vietnam ada mengeluarkan setem dan lembaran mini tambahan sempena keluaran bersama ini. Daripada lima buah negara ini, hanya Cambodia sahaja yang mengeluarkan setem tambahan yang berlainan tema berbanding negara-negara lain. Maklumat-maklumat berkenaan setem tambahan adalah seperti rajah di bawah.
CAMBODIA
| |
| |
INDONESIA
|
LAOS
|
|
|
PHILIPPINES
| |
| |
VIETNAM
| |
|
Selain Setem, Apa Lagi?
Selain daripada lembaran setem, rajah di bawah menerangkan tentang bahan-bahan filateli lain yang dikeluarkan oleh jabatan dan syarikat pos negara-negara ASEAN.
Negara |
Sampul Surat Hari Pertama
|
Pek Cenderamata
|
Album ASEAN
| Bahan-Bahan Lain / Keterangan |
BRUNEI DARUSSALAM |
√
| |||
CAMBODIA |
√ (2+1*)
| *SSHP Robam Tep Apsara | ||
INDONESIA |
√ (2+1*)
|
√ (CD**)
| *SSHP Setem Rp.1,500, **CD Maklumat setem ASEAN | |
LAOS |
√ (1+1*)
| *SSHP Rumah Tipikal Lao 7000K | ||
MALAYSIA |
√
|
√
| Folder | |
MYANMAR |
√
| |||
PHILIPPINES |
√ (1+2*)
| *SSHP Setem P7 & SSHP Lembaran Mini | ||
SINGAPORE |
√
|
√
| ||
THAILAND |
√ (2)
|
√
|
√
| |
VIETNAM |
√ (3+1*)
| *SSHP Lembaran setem & Kad Maksima |
Tiada sampul surat hari pertama campuran dikeluarkan. Namun begitu, 3 negara iaitu Indonesia, Malaysia dan Thailand ada mengeluarkan Album ASEAN yang mengandungi set lengkap 10 lembaran setem dari kesemua negara-negara ASEAN serta fakta ringkas berkenaan negara-negara tersebut. Boleh dikatakan album keluaran Indonesia adalah yang terbaik kerana selain daripada fakta negara yang agak lengkap, album ini juga disertakan dengan sekeping CD yang memuatkan video klip pengenalan terhadap ASEAN dan gambar-gambar setem yang dikeluarkan.
Ada dijual di mana?
Kebanyakan lembaran setem dan bahan-bahan filateli yang lain masih boleh didapati dengan mudah di eBay dan Delcampe. Namun begitu, terdapat beberapa bahan filateli yang agak sukar dicari. Contohnya seperti Sampul Surat Hari Pertama dari negara Cambodia, Laos dan Myanmar. Begitu juga dengan kad maksima dari Vietnam. Setem Robam Tep Apsara dari Cambodia dan setem Rumah Tipikal Lao yang bernilai 7,000 Kip juga agak jarang ditemui. Setem dan sampul surat hari pertama yang dinyatakan adalah merupakan kunci untuk melengkapkan set keluaran bersama ini.