Pengenalan
Keluaran bersama ini merupakan yang kesebelas dikeluarkan oleh Pos Malaysia. Ia juga merupakan keluaran bersama kedua yang diusahakan oleh kesepuluh negara-negara ASEAN. Tarikh rasmi keluaran bersama ini diterbitkan adalah pada 8 Ogos 2015. Namun begitu, Pos Malaysia hanya mula menjual keluaran bersama ini pada 10 Ogos 2015. Saya akan mengemaskini artikel ini setelah mengumpulkan semua bahan-bahan yang diperlukan. Terima kasih atas kesudian pembaca-pembaca melawat blog ini.
Koleksi Setem Keluaran Bersama Malaysia
Di sini dipaparkan koleksi setem keluaran bersama yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia Berhad untuk tatapan semua. Berserta dengan paparan koleksi ini saya sertakan pandangan peribadi saya berkenaan setem-setem tersebut. Selamat membaca.
Ahad, Ogos 09, 2015
Rabu, Jun 10, 2015
Keluaran Bersama Malaysia - Thailand: Haiwan Marin (8 Jun 2015)
Pengenalan
Keluaran bersama ini merupakan yang kesepuluh dikeluarkan oleh Pos Malaysia. Saya akan mengemaskini artikel ini setelah mengumpulkan semua bahan-bahan yang diperlukan. Terima kasih atas kesudian pembaca-pembaca melawat blog ini.
Keluaran bersama ini merupakan yang kesepuluh dikeluarkan oleh Pos Malaysia. Saya akan mengemaskini artikel ini setelah mengumpulkan semua bahan-bahan yang diperlukan. Terima kasih atas kesudian pembaca-pembaca melawat blog ini.
Selasa, Oktober 14, 2014
Keluaran Bersama Malaysia - Indonesia: Melaka & Jogja - City of Museums (24 Mei 2014)
Pengenalan
Setelah kali terakhir mengeluarkan setem keluaran bersama pada tahun 2011, Pos Malaysia sekali lagi bekerjasama dengan Pos Indonesia buat kali ketiga, dengan mengeluarkan setem keluaran bersama yang bertajuk Melaka & Jogja - City of Museums pada 24 Mei 2014. Keluaran bersama ini merupakan yang kelapan dalam sejarah setem keluaran bersama di Malaysia.
Keluaran bersama kali ini dikeluarkan dengan tujuan untuk melambangkan persahabatan yang terjalin antara dua kota bersejarah di Malaysia dan Indonesia, iaitu Negeri Melaka dan Daerah Istimewa Yogyakarta (juga dikenali dengan istilah lain seperti DIY, Yogja, Jogya dan Jogjakarta). Kedua-duanya memiliki persamaan dari segi nilai sejarah dan peranannya dalam ekonomi sebagai pusat tarikan pelancong yang terkemuka.
Melaka merupakan Bandaraya Bersejarah yang tidak asing di Malaysia. Melaka mendapat namanya daripada Pohon Melaka, di mana tempat Parameswara bersandar ketika menyaksikan suatu kejadian menakjubkan yang menyaksikan anjing perburuannya telah ditendang oleh seekor pelanduk putih. Berikutan kejadian itu, baginda sangat kagum dengan keberanian pelanduk tersebut lalu memutuskan untuk membuka negeri di situ. Menurut Sulalatus Salatin, Kerajaan Melayu Melaka telah mula diasaskan pada tahun 660 Hijrah, bersamaan dengan tahun 1262 Masehi.
Daerah Istimewa Yogyakarta pula merupakan pusat tarikan pelancong kedua terpenting di Indonesia, selepas Provinsi Bali. Nama Yogyakarta berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu 'Ayogya' yang bermaksud 'kedamaian' atau 'tiada peperangan' dan 'Karta' yang bermaksud 'baik'. Sejarah pembukaan Daerah Istimewa Yogyakarta ini dikatakan bermula sejak kurun ke-10 apabila Kerajaan Medang yang dikenali juga sebagai Kerajaan Mataram Kuno atau Kerajaan Mataram Hindu telah memindahkan pusat pemerintahannya dari Jawa Tengah ke Jawa Timur.
Persamaan yang diketengahkan dalam keluaran bersama kali ini adalah keunikan kedua-dua kota yang memiliki pelbagai muzium. Ketika artikel ini ditulis, terdapat 24 buah muzium di Melaka dan 32 buah muzium di Jogja, jumlah yang cukup besar untuk membuktikan bahawa kedua-dua kota ini merupakan 'Kota Muzium' sebagaimana tajuk keluaran bersama ini.
Daerah Istimewa Yogyakarta pula merupakan pusat tarikan pelancong kedua terpenting di Indonesia, selepas Provinsi Bali. Nama Yogyakarta berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu 'Ayogya' yang bermaksud 'kedamaian' atau 'tiada peperangan' dan 'Karta' yang bermaksud 'baik'. Sejarah pembukaan Daerah Istimewa Yogyakarta ini dikatakan bermula sejak kurun ke-10 apabila Kerajaan Medang yang dikenali juga sebagai Kerajaan Mataram Kuno atau Kerajaan Mataram Hindu telah memindahkan pusat pemerintahannya dari Jawa Tengah ke Jawa Timur.
Persamaan yang diketengahkan dalam keluaran bersama kali ini adalah keunikan kedua-dua kota yang memiliki pelbagai muzium. Ketika artikel ini ditulis, terdapat 24 buah muzium di Melaka dan 32 buah muzium di Jogja, jumlah yang cukup besar untuk membuktikan bahawa kedua-dua kota ini merupakan 'Kota Muzium' sebagaimana tajuk keluaran bersama ini.
YB. Datuk Wira Haji Md. Yunos Bin Husin (kiri) dan Sri Paduka Paku Alam IX (kanan) menunjukkan Sampul Kenangan Melaka dan Sampul Peringatan Jogja yang ditandatangani oleh mereka. |
Selain Pos Malaysia Berhad dan PT. Pos Indonesia, Kerajaan Negeri Melaka, Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM), Persatuan Setem Malaysia (PSM), Kementerian Komunikasi dan Informatika Indonesia (Kemenkominfo), Pemerintah Kota Yogyakarta, Badan Musyawarah Musea (Barahmus) dan Perkumpulan Filatelis Indonesia (PFI) turut bekerjasama dalam menjayakan pengeluaran setem keluaran bersama ini.
Ciri-Ciri & Perbezaan
Keluaran bersama kali ini agak ringkas dengan hanya sekeping setem cetak tindan dan sampul kenangan dikeluarkan oleh kedua-dua negara. Pos Malaysia mencetak tindan setem bernilai 90 sen yang keluaran asalnya dikeluarkan pada 7 Oktober 2012 bertajuk Melaka 750 Tahun. Manakala Pos Indonesia pula mencetak tindan setem bernilai Rp 5,000 (kira-kira RM1.35) yang keluaran asalnya dikeluarkan pada 29 Mac 2010 bertajuk Warisan Budaya Tak Benda.
Keluaran ini dilancarkan dalam sebuah majlis pelancaran di Museum Sonobudoyo, Yogyakarta, Indonesia pada 24 Mei 2014. Oleh kerana majlis pelancaran setem cetak tindan ini diadakan pada hari Sabtu, Pos Malaysia hanya mula menjual setem cetak tindan dan Sampul Kenangan Melaka pada hari Isnin, 26 Mei 2014 di seluruh Malaysia. Di Indonesia pula, dipercayai setem cetak tindan dan Sampul Kenangan Jogja mula dijual sebaik sahaja majlis pelancaran selesai.
Setem Malaysia yang berukuran 70mm lebar dan 25mm panjang menggambarkan Masjid Kampong Hulu, Melaka. Masjid ini merupakan masjid tertua di Melaka dan Malaysia, dipercayai dibina sekitar tahun 1728. Manakala Setem Indonesia yang berukuran 41.06mm lebar dan 25.31mm panjang pula menggambarkan Batik Motif Kembangan, iaitu antara motif batik popular di Indonesia.
Menariknya, paparan Masjid Kampong Hulu, Melaka dalam setem telah tiga kali dikeluarkan oleh Pos Malaysia, dan buat kali keduanya ia dipaparkan dalam tema setem keluaran bersama. Sama seperti yang dikeluarkan dalam Keluaran Bersama Malaysia - China pada tahun 2004. Dan seperti juga keluaran bersama tersebut, keluaran bersama kali ini diklasifikasikan sebagai setem setara (equivalent) atas sebab-sebab berikut:
Setem Cetak Tindan keluaran Pos Malaysia |
Setem Cetak Tindan keluaran Pos Indonesia |
- Perbezaan yang ketara bagi kedua-dua setem. Namun begitu, persamaannya terdapat pada tema gambaran setem-setem tersebut, iaitu warisan budaya dan sejarah.
- Persamaan ketara pada kedua-dua setem hanyalah pada logo cetak tindan. Namun begitu, logo cetak tindan setem Malaysia adalah berwarna-warni berbanding logo cetak tindan setem Indonesia yang dicetak dengan warna keemasan.
- Logo cetak tindan setem Malaysia memaparkan tulisan tahun '2014' manakala tulisan tersebut tiada pada logo cetak tindan setem Indonesia.
- Berbanding keluaran Melaka 750 Tahun, tulisan tahun '2012' tiada pada keluaran kali ini. Tona warna setem keluaran kali ini juga lebih gelap berbanding keluaran asal. Manakala pada setem Indonesia, tulisan bilangan setem '5/6' dan tahun '2010' masih tertera pada setem tersebut. Berbeza sedikit dengan setem Malaysia, tona warna setem keluaran kali ini agak pudar berbanding keluaran asal.
- Kedua-dua negara juga menggunakan reka bentuk cop hari pertama yang sama.
Menurut sumber dari Pos Malaysia, mereka mengeluarkan sebanyak 100,000 keping setem dan 35,000 keping sampul kenangan. Manakala Pos Indonesia hanya mengeluarkan sebanyak 20,000 keping setem. Menurut sumber filateli Indonesia, hanya sebanyak 7,000 keping sahaja setem Indonesia yang dijual sebagai setem yang tidak digunakan manakala baki selebihnya sebanyak 13,000 keping dilekatkan dan dijual bersama sampul peringatan.
Jadual di bawah menerangkan butiran teknikal berkenaan reka bentuk setem-setem tersebut:
Selain Setem, Apa Lagi?
Pos Malaysia mengeluarkan sekeping setem cetak tindih dan Sampul Kenangan. Manakala Pos Indonesia pula mengeluarkan sekeping setem cetak tindih dan Sampul Peringatan. Berdasarkan pemerhatian saya, kedua-dua sampul ini dicetak oleh pencetak yang sama berdasarkan reka bentuk dan kualiti kertas.
Sampul Kenangan Melaka berlatar belakangkan Peta Nusantara, dengan Jata Negeri Melaka diletakkan di atas lakaran peta Negeri Melaka dan dihiasi lima gambar muzium-muzium yang terletak di Negeri Melaka. Gambar muzium-muzium yang dimaksudkan adalah Muzium Tuan Yang Terutama (Muzium TYT), Pusat Hang Tuah (Hang Tuah Centre), Muzium Setem, Bangunan Stadthuys dan Muzium Samudera.
Sampul Peringatan Jogja juga berlatar belakangkan sambungan Peta Nusantara, dengan Lambang Daerah Istimewa Yogyakarta diletakkan di atas lakaran peta Yogyakarta dan dihiasi lima gambar muzium-muzium yang terletak di Yogyakarta. Gambar muzium-muzium yang dimaksudkan adalah Bebadan Museum Karaton Yogyakarta, Museum Ullen Sentalu, Museum Sonobudoyo, Benteng Vredeburg dan Museum Pendidikan Indonesia.
Pada bahagian belakang kedua-dua sampul terdapat penerangan ringkas 10 gambar muzium-muzium yang dipaparkan dalam Bahasa Melayu pada Sampul Kenangan Melaka dan Bahasa Indonesia pada Sampul Peringatan Jogja.
Jadual di bawah menerangkan secara ringkas berkenaan muzium-muzium yang diketengahkan dalam keluaran bersama ini:
Maklumat Ringkas Muzium | ||
Nama Muzium | Lokasi dan Tahun Dibina / Dirasmikan | Fungsi |
|
Dahulunya dikenali sebagai Seri Melaka, bangunan ini merupakan kediaman rasmi TYT sehingga tahun 1996. Muzium ini memaparkan sejarah dan sumbangan TYT terhadap pembangunan Negeri Melaka.
| |
|
Dikenali juga sebagai Perkampungan Hang Tuah, pusat ini merupakan tarikan terbaharu di Melaka. Pusat yang berseni bina Melayu Melaka ini memaparkan sejarah berkaitan Laksamana Hang Tuah lima bersaudara.
| |
|
Merupakan bangunan lama Muzium Melaka. Kini berfungsi mempamerkan sejarah perkembangan setem di Malaysia, artifak berkaitan pos dan filateli.
| |
|
Menempatkan Muzium Sejarah dan Ethnografi yang memaparkan sejarah awal Melaka, zaman pemerintahan penjajah Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun sehinggalah ke Melaka Moden masa kini.
| |
|
Dibina berdasarkan reka bentuk kapal milik Portugis, Flor de la Mar. Merupakan tarikan utama pelancong ke Melaka. Mempamerkan sejarah kedaulatan Melaka dan perkembangan perdagangan di Melaka pada zaman kesultanan sehingga ke zaman penjajahan.
| |
|
Muzium ini berada dalam lingkungan Keraton (istana) yang menyimpan dan mempamerkan koleksi artifak, barang-barang milik Kesultanan Ngayogyakarta Hadiningrat dan kesenian muzik tradisi gamelan.
| |
|
Merupakan muzium seni dan kebudayaan masyarakat Jawa. Muzium ini memaparkan nilai dan martabat budaya Jawa dari zaman Mataram sehingga masa kini.
| |
|
Muzium ini memaparkan sejarah dan kebudayaan Jawa, termasuk seni bina klasik Jawa. Muzium ini dikatakan memiliki koleksi paling lengkap berkaitan sejarah Jawa selepas Museum Nasional Republik Indonesia di Jakarta, Indonesia.
| |
|
Merupakan bekas kubu pertahanan Belanda pada zaman penjajahannya di Indonesia sebelum menjadi Muzium Khusus Perjuangan Nasional. Muzium ini memaparkan sejarah Indonesia dalam bentuk diorama.
| |
|
Muzium ini terletak dalam lingkungan kampus Universitas Negeri Yogyakarta (UNY). Ia didedikasikan oleh UNY untuk memaparkan sejarah perkembangan pendidikan di Indonesia.
|
Reka bentuk sampul kenangan ini sangat menarik kerana apabila ia disusun secara menegak dengan Sampul Kenangan Melaka di atas dan Sampul Peringatan Jogja di bawah, maka akan lengkaplah cantuman Peta Nusantara dengan kedudukan Negeri Melaka dan Daerah Istimewa Yogyakarta pada peta tersebut boleh digambarkan dengan lebih jelas. Apabila sampul-sampul ini diterbalikkan, kelihatan juga cantuman Peta Nusantara di bahagian tengah.
Bahagian Hadapan Sampul Kenangan Melaka dan Sampul Peringatan Jogja |
Bahagian Belakang Sampul Kenangan Melaka dan Sampul Peringatan Jogja |
Senarai Harga Bahan-Bahan Filateli | ||
Nama Negara
|
Malaysia
|
Indonesia
|
Setem
|
90 sen
|
Rp 5,000 (+/- RM1.38)
|
Lembaran Setem
|
RM13.50
|
Rp 250,000 (+/- RM69.22)
|
Sampul Kenangan / Peringatan (Kosong)
|
50 sen
|
Tiada
|
Sampul Kenangan / Peringatan (Setem)
|
RM1.40
|
Tiada
|
Set Sampul Kenangan Melaka dan Sampul Peringatan Jogja
|
RM5.00 - hanya ditawarkan kepada pemegang akaun SODA.
|
Rp 25,000 (+/- RM6.92) - hanya dijual selepas majlis pelancaran di Museum Sonobudoyo, Yogyakarta, Indonesia.
|
Sampul Kenangan / Terpadu (Setem Cetak Tindan Malaysia dan Indonesia pada satu sampul)
|
Tiada - dilakukan secara persendirian. Tidak dikeluarkan oleh Pos Malaysia.
|
Tiada - dilakukan secara persendirian. Tidak dikeluarkan oleh Pos Indonesia.
|
Sampul Kenangan Melaka keluaran Pos Malaysia |
Sampul Peringatan Jogja keluaran Pos Indonesia |
Sampul Kenangan yang saya maksudkan di sini adalah sampul yang dilekatkan setem keluaran bersama kedua-dua buah negara padanya, atau juga dikenali sebagai Sampul Terpadu di Indonesia. Sampul Kenangan ini tidak dikeluarkan secara rasmi oleh Pos Malaysia dan Pos Indonesia. Di Malaysia, Pos Malaysia menawarkan kedua-dua Sampul Kenangan Melaka dan Sampul Peringatan Jogja kepada pemegang akaun SODA dan dijual pada harga RM5.00 untuk satu set.
Manakala di Indonesia, Pos Indonesia hanya menjual Sampul Peringatan Jogja sebaik sahaja selesai majlis pelancarannya di Museum Sonobudoyo, Yogyakarta, Indonesia. Mereka tidak menjual Sampul Peringatan Jogja secara berasingan tetapi ia dijual bersama dengan Sampul Kenangan Melaka pada harga Rp 25,000 (kira-kira RM6.92) satu set. Oleh kerana kuantiti keluaran yang kecil dan kurangnya hebahan umum mengenainya, dipercayai yang setem cetak tindan Indonesia dan set Sampul Peringatan Jogja dan Sampul Kenangan Melaka hanya dijual di Yogyakarta sahaja.
Oleh yang demikian, kewujudan Sampul Kenangan seperti yang dipaparkan di bawah merupakan inisiatif sendiri oleh peminat setem keluaran bersama dengan menampal setem cetak tindan Malaysia pada Sampul Peringatan Jogja. Cop hari pertama 'Jalan Laksamana' dan 'Melaka' dikatakan lebih bernilai berbanding yang lain kerana tema keluaran ini yang lebih tertumpu kepada negeri bersejarah itu. Namun begitu, tidak banyak dilaporkan berkenaan Sampul Kenangan Melaka yang ditampal sekali dengan setem cetak tindan Indonesia. Ini kerana kesukaran mencari setem cetak tindan Indonesia di samping harganya yang mahal.
Sampul Kenangan Melaka yang ditampal setem Malaysia dan Indonesia. Dilakukan secara persendirian. |
Sampul Peringatan Jogja yang ditampal setem Indonesia dan Malaysia. Dilakukan secara persendirian. |
Adalah menjadi harapan bagi semua pihak yang terlibat dalam menjayakan setem keluaran bersama ini untuk melihat kedua-dua negeri dan daerah istimewa ini terus maju membangun bersama industri pelancongan yang merupakan nadi utama ekonomi di tempat masing-masing. Sememangnya peranan muzium dalam membentuk jati diri dan memupuk minat generasi muda untuk menghayati dan menghargai sejarah tidak dapat dinafikan. Oleh yang demikian, diharapkan agar setem keluaran bersama yang dikeluarkan kali ini dapat memberi kesedaran kepada umum tentang kewujudan muzium-muzium yang menarik di negara masing-masing.
Setem cetak tindih dan Sampul Kenangan Melaka keluaran Pos Malaysia masih boleh didapati dengan mudah di pejabat-pejabat pos, laman perniagaan elektronik seperti eBay, Delcampe, Lelong, Mudah dan sebagainya. Namun begitu, Sampul Peringatan Jogja agak sukar ditemui memandangkan kuantiti keluaran yang kecil. Setem cetak tindih keluaran Pos Indonesia yang masih tidak digunakan pula sangat sukar ditemui dan ia dijual pada harga yang agak tinggi di laman perniagaan elektronik. Kuantiti yang kecil ini juga merupakan faktor utama yang menyebabkan harga setem tersebut melambung. Di samping itu, dipercayai sesetengah pengumpul setem Indonesia sendiri tidak menyedari kewujudan setem ini dan hanya menyedarinya setelah ia dilancarkan di Yogyakarta. Maka pembelian panik juga turut menyumbang kepada kenaikan mendadak harga setem tersebut.
Penghargaan dan Daftar Pustaka
- Pos Malaysia Berhad (http://www.pos.com.my)
- Forum Persatuan Setem Malaysia (http://www.psmonline.org/forum)
- Joint Stamp Issues Society (http://www.jointstampissues.net/)
- Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (http://prpm.dbp.gov.my/)
- Kerajaan Negeri Melaka (http://www.melaka.gov.my/my)
- Pemerintah Daerah Istimewa Yogyakarta (http://www.jogjaprov.go.id/)
- Perbadanan Muzium Melaka (http://www.perzim.gov.my/index.php/my/)
- Sejarah Nama Negeri Melaka (http://www.melaka.gov.my/my/tentang-kami/sejarah)
- Sejarah Nama Daerah Istimewa Yogyakarta (http://en.wikipedia.org/wiki/Yogyakarta)
- Gita Stamps Inc., Bandung, Jawa Barat, Indonesia (http://www.gitastamps.com/)
- Encik Nashrul "Uul" Jihadan, Ketua Harian, Pengurus Daerah Perkumpulan Filatelis Indonesia Daerah Istimewa Yogyakarta (http://uuljihadan.blogspot.com/2014/10/doa-dibalik-prangko-melaka-jogja-city.html)
- Sejarah ringkas muzium-muzium yang dipaparkan pada Sampul Kenangan Melaka dan Sampul Peringatan Jogja diperoleh dan diolah daripada sumber-sumber berikut:
- Muzium Tuan Yang Terutama (http://ms.wikipedia.org/wiki/Muzium_Tuan_Yang_Terutama)
- Pusat Hang Tuah (http://www.sinarharian.com.my/pusat-hang-tuah-lima-sabahat-buka-raya-kedua-1.190267)
- Muzium Setem (http://www.myrokan.com/2013/12/muzium-muzium-di-negeri-melaka.html)
- Bangunan Stadthuys (http://ms.wikipedia.org/wiki/Bangunan_Stadthuys)
- Muzium Samudera (http://ms.wikipedia.org/wiki/Muzium_Samudera)
- Bebadan Museum Karaton Yogyakarta (http://goblokku.wordpress.com/2011/09/21/sebaran-museum-di-yogyakarta-anggota-barahmus-badan-musyawarah-musea/)
- Museum Ullen Sentalu (http://jogjatrip.com/id/263/Museum-Ullen-Sentalu)
- Museum Sonobudoyo (http://id.wikipedia.org/wiki/Museum_Sonobudoyo)
- Benteng Vredeburg (http://bentengvredeburg.blogspot.com/)
- Museum Pendidikan Indonesia (http://jogjatrip.com/id/1112/Museum-Pendidikan-Indonesia-MPI)
- Gambar-gambar dalam penulisan ini diambil dan diubah suai daripada sumber-sumber berikut:
- Jata Negeri Melaka (http://en.wikipedia.org/wiki/Malacca)
- Lambang Daerah Istimewa Yogyakarta (http://en.wikipedia.org/wiki/Special_Region_of_Yogyakarta)
- Gambar Majlis Pelancaran Setem (http://ongzi-stamps.blogspot.com/2014/05/melaka-jogja-city-of-museums.html)
- Gambar Logo Cetak Tindan (http://www.pos.com.my/pos/Files/upload/philately/Poster.asp?dateissue=24-May-2014)
- Gambar Masjid Kampong Hulu, Melaka (http://jakmashomestay.blogspot.com/2012/10/pakej-lawatan-homestay-kesidang-3-hari.html)
- Gambar Batik Motif Kembangan (http://www.ernibatik.com/2012/12/blog-post_3.html)
- Gambar Muzium Tuan Yang Terutama (http://www.melaka.gov.my/my/pelancongan/muzium-galeri/muzium)
- Gambar Pusat Hang Tuah (http://roslithnin.blogspot.com/2013/10/pusat-hang-tuah-hang-tuah-centre-duyung.html)
- Gambar Muzium Setem (http://www.melaka.gov.my/my/pelancongan/muzium-galeri/muzium)
- Gambar Bangunan Stadthuys (http://gogomelaka.com/see&do/STADTHUYS.html)
- Gambar Muzium Samudera (http://www.jomjalan.com.my/listings/muzium-samudera/)
- Gambar Bebadan Museum Karaton Yogyakarta (http://kebudayaanindonesia.net/kebudayaan/970/keraton-yogyakarta)
- Gambar Museum Ullen Sentalu (http://www.citilinkstory.com/museum-ullen-sentalu-yogyakarta/)
- Gambar Museum Sonobudoyo (http://ltmz.blogspot.com/2013/11/jelajah-museum-sonobudoyo.html)
- Gambar Benteng Vredeburg (http://yogyakarta.panduanwisata.id/hiburan/benteng-vredeburg-manifestasi-perdamaian-yang-terjaga-hingga-saat-ini/)
- Gambar Museum Pendidikan Indonesia (http://ryanotivity.blogspot.com/2014/04/pemilihan-dimas-diajeng-sleman.html)
- Gambar-gambar bahan filateli adalah daripada koleksi peribadi saya sendiri.
Langgan:
Catatan (Atom)