Sabtu, Ogos 14, 2010

Keluaran Bersama ASEAN (8 Ogos 2007)

Pengenalan

Keluaran bersama kali kelima buat Malaysia agak unik. Ini kerana ia dikeluarkan bersama dengan 9 lagi negara-negara Asia Tenggara lain, iaitu Brunei Darussalam, Cambodia, Indonesia, Laos, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand dan Vietnam. Keluaran bersama ini adalah bersempena Ulang Tahun ke-40 ASEAN. ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 dengan tujuan untuk mengukuhkan kerjasama serantau.

Pada mulanya, persatuan ini hanya dianggotai oleh 5 buah negara, iaitu Indonesia, Malaysia, Philippines, Singapore dan Thailand. 40 tahun berlalu, persatuan ini bertambah anggotanya kepada 10 apabila Brunei Darussalam menyertai ASEAN pada tahun 1984, diikuti Vietnam pada tahun 1994, Laos dan Myanmar pada tahun 1997. Walaupun Cambodia menyertai ASEAN bersama dengan Laos dan Myanmar pada tahun 1997, mereka terpaksa menarik diri disebabkan masalah politik dalaman negara. Cambodia hanya menyertai semula ASEAN pada tahun 1999.

Bagi memperingati Ulang Tahun ke-40 penubuhan ASEAN, 10 jabatan dan syarikat pos negara-negara ASEAN bersetuju untuk mengeluarkan setem keluaran bersama yang memaparkan seni bina setiap negara anggota. 10 reka bentuk setem ini digabungkan bagi membentuk sehelai lembaran setem.

Ciri-Ciri & Perbezaan

Agak sukar untuk menerangkan secara terperinci setiap setem dalam bentuk perenggan. Oleh yang demikian, saya telah membina rajah bagi memudahkan pembacaan anda. Rajah di bawah memaparkan maklumat-maklumat berkenaan setem-setem yang dikeluarkan.

Nama Negara
BRUNEI DARUSSALAM
CAMBODIA
Gambar Setem Mengikut Negara
Tajuk Keluaran ASEAN Joint Stamp Issue The ASEAN Omnibus Stamp 2007: ASEAN Joint Stamp Issue
Tarikh Keluaran 21 November 2007 8 Ogos 2007
Nama Bangunan / Binaan Bangunan Sekretariat, Bandar Seri Begawan Muzium Negara Cambodia
Sejarah Bangunan / Binaan Bangunan Sekretariat dibina pada tahun 1952. Ia merupakan kompleks Pejabat Perdana Menteri dan pejabat-pejabat kerajaan lain yang terletak di Jalan Elizabeth II. Dibina antara tahun 1917 hingga 1924, muzium yang menyimpan pelbagai koleksi kebudayaan dan tradisi rakyat Cambodia ini telah dirasmikan oleh Raja Sisowath pada tahun 1920.
Nilai Setem B$0.20 x 10 (B$2.00) 1,000R x 10 (10,000R)
Saiz Setem 40mm x 30mm 43mm x 32mm
Tebukan 13.5 13
Susunan Setem (Turutan Nama Negara) Atas ke bawah Kiri ke kanan
Kedudukan Logo ASEAN Dalam Setem Bucu kiri, bawah Bucu kanan, atas
Pereka Bentuk Pg. Hj. Mohd Yamin bin Pg. Setia Jaya bin Pg. Hj. Abdul Momin Om Sam Ath
Pencetak Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd., Malaysia Postal Stamp Printing Company, Vietnam
Keistimewaan Reka Bentuk
  • Sebagai negara majoriti penduduknya Melayu Islam, pengaruh tulisan jawi amat ketara.
  • Setem penuh, tiada bingkai.
  • Satu-satunya negara menggunakan susunan setem atas ke bawah.
  • Lembaran setem terpanjang (230mm).
  • Bendera negara pada setiap tepi setem.
  • Saiz setem dinyatakan di bawah tajuk keluaran.
Kesilapan Yang Dikesan
  • Hanya Nama Bangunan Sekretariat ditulis dengan tulisan Jawi.
  • Saiz tulisan nama bangunan tidak konsisten.
  • Saiz tulisan nama-nama bangunan kurang konsisten.

Nama Negara
INDONESIA
LAOS
Gambar Setem Mengikut Negara
Tajuk Keluaran ASEAN Joint Stamp Issue ASEAN Joint Stamp Issue
Tarikh Keluaran 8 Ogos 2007 8 Ogos 2007
Nama Bangunan / Binaan Muzium Fatahillah, Jakarta Rumah Tipikal Lao
Sejarah Bangunan / Binaan Juga dikenali sebagai Muzium Sejarah Jakarta, ia telah dibina pada tahun 1707. Dahulunya merupakan Bangunan Dewan Bandaraya Batavia, kini ia memelihara fakta sejarah berkaitan pembangunan Jakarta sejak ia dibuka sebagai muzium pada tahun 1974. Rumah ini biasa ditemui di sekitar luar bandar. Ia dibina daripada kayu. Mempunyai tiang yang tinggi bagi mengelak banjir dan mendapatkan udara nyaman ketika hari panas. Ruang bawah rumah yang tinggi sesuai untuk menyimpan hasil tanaman, ternakan dan meletakkan mesin tenun kain.
Nilai Rp.2,500 x 10 (Rp.25,000) 700K x 10 (7,000K)
Saiz Setem 40mm x 30mm 43mm x 32mm
Tebukan 13.5 (Elips) 13
Susunan Setem (Turutan Nama Negara) Kiri ke kanan Laos dahulu, kiri ke kanan
Kedudukan Logo ASEAN Dalam Setem Bucu kanan, atas Bucu kanan, atas
Pereka Bentuk Tim Kreatif Pos Vongsavanh Damlongsouk
Pencetak Perum PERURI, Indonesia Postal Stamp Printing Company, Vietnam
Keistimewaan Reka Bentuk
  • Lembaran setem dengan latar belakang menarik.
  • Satu-satunya lembaran setem yang menggunakan tebukan elips.
  • Lengkap dengan bendera negara dan nama pereka bentuk.
  • Tarikh keluaran dan nilai lembaran setem dinyatakan.
  • Saiz tulisan nama bangunan yang konsisten.
  • Nombor siri urutan setem (format 1/10 ke 10/10).
  • Lembaran setem mempunyai nombor siri.
  • Satu-satunya negara yang meletakkan setem negara sendiri di tempat pertama, diikuti dengan turutan negara-negara lain.
  • Satu-satunya negara yang tidak mengetengahkan seni bina bangunan bersejarah pada setem. Sebaliknya memilih untuk memaparkan lukisan rumah tradisional Laos.
Kesilapan Yang Dikesan
  • Banyak kesilapan ejaan nama bangunan dikesan.
  • Brunei - tiada jarak selepas koma.
  • Cambodia - Natoinal.
  • Philippines - Malcanang, Philppines.
  • Singapore - Nationl

Nama Negara
MALAYSIA
MYANMAR
Gambar Setem Mengikut Negara
Tajuk Keluaran Keluaran Bersama ASEAN - ASEAN Joint Issue ASEAN Joint Stamp Issue
Tarikh Keluaran 8 Ogos 2007 19 Oktober 2007
Nama Bangunan / Binaan Bangunan Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu, Kuala Lumpur Pejabat Pos Yangon
Sejarah Bangunan / Binaan Bangunan ini siap dibina pada tahun 1917. Merupakan antara bangunan terindah di Malaysia dengan gabungan senibina Gothik, Yunani, Empayar Uthmaniah dan Mogul, hasil idea arkitek British bernama A.B. Hubbock. Bangunan ini masih beroperasi sebagai Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu. Bangunan yang mempunyai struktur binaan era Victoria ini dibina pada tahun 1908. Merupakan pejabat pos terbesar di Myanmar, ianya juga adalah antara bangunan bersejarah dan warisan nasional di bandar Yangon.
Nilai RM0.50 x 10 (RM5.00) K50 x 10 (K500)
Saiz Setem 32mm x 27mm 42mm x 30mm
Tebukan 13.5 14
Susunan Setem (Turutan Nama Negara) Kiri ke kanan Kiri ke kanan
Kedudukan Logo ASEAN Dalam Setem Bucu kanan, atas Bucu kanan, atas
Pereka Bentuk Reign Associates Sdn. Bhd. Zaw Htoo Aung
Pencetak Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd., Malaysia Security Printing Works, Myanmar
Keistimewaan Reka Bentuk
  • Tajuk dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
  • Terdapat imej bendera ASEAN dan Bangunan Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu pada latar belakang lembaran setem.
  • Setem penuh, tiada bingkai.
  • Satu-satunya negara yang menggunakan format lembaran setem melintang.
  • Satu lembaran lengkap mengandungi 20 setem (2 set yang boleh diceraikan).
  • Saiz tulisan nama bangunan yang konsisten.
  • Bendera negara pada setiap tepi setem.
  • Saiz tulisan nama bangunan yang konsisten.
Kesilapan Yang Dikesan
  • Vietnam - Ejaan President dalam Bahasa Melayu sepatutnya Presiden.
  • Perkataan 'stamp designer' di setiap tepi setem sepatutnya diisi dengan nama pereka bentuk setem. Atau lebih mudah dihilangkan terus.

Nama Negara
PHILIPPINES
SINGAPORE
Gambar Setem Mengikut Negara
Tajuk Keluaran ASEAN Joint Stamp Issue: Modern Architectural Structures 40th Year of ASEAN: ASEAN Joint Issue
Tarikh Keluaran 8 Ogos 2007 8 Ogos 2007
Nama Bangunan / Binaan Istana Malacañang Muzium Negara Singapore
Sejarah Bangunan / Binaan Istana ini merupakan kediaman rasmi Presiden Philippines. Terletak di tebing utara Sungai Pasig, Manila, istana ini dibina pada tahun 1802 oleh bangsawan berbangsa Spain. Bangunan neo-klasik ini telah dibina pada tahun 1887 oleh Sir H.E. McCallum. Dahulunya dikenali sebagai Raffles Library and Museum, ianya telah diubahsuai dan dibuka semula sebagai Muzium Negara Singapore pada Disember 2006.
Nilai P20 x 10 (P200) 1st Local - S$0.26 x 10 (S$2.60)
Saiz Setem 40mm x 30mm 40.7mm x 29.85mm
Tebukan 14 13
Susunan Setem (Turutan Nama Negara) Kiri ke kanan Kiri ke kanan
Kedudukan Logo ASEAN Dalam Setem Bucu kanan, atas Bucu kanan, atas
Pereka Bentuk Richard Allen Baron Randolph Siscar Blue Apples Consultancy
Pencetak Amstar Company Inc., Philippines Secura Singapore Pte Ltd, Singapore
Keistimewaan Reka Bentuk
  • Lembaran setem mempunyai nombor siri.
  • Saiz tulisan nama bangunan yang konsisten.
  • Terdapat kod bar pada lembaran setem.
  • Nama pereka bentuk dan pencetak setem Singapore dinyatakan.
  • Satu-satunya negara yang tidak menyatakan nilai setem, hanya tertera perkataan '1st Local' (nilai sebenar S$0.26).
  • Saiz tulisan nama bangunan yang konsisten.
Kesilapan Yang Dikesan
  • Berbanding gambar bangunan negara-negara lain, gambar Istana Malacañang agak kabur. Mungkin gambar tidak diambil atau disunting dengan baik.

Nama Negara
THAILAND
VIETNAM
Gambar Setem Mengikut Negara
Tajuk Keluaran ASEAN Joint Stamp Issue Tem Phát Hành Chúng ASEAN - ASEAN Joint Stamp Issue
Tarikh Keluaran 8 Ogos 2007 8 Ogos 2007
Nama Bangunan / Binaan Rumah Besar Vimanmek, Bangkok Istana Presiden, Hanoi
Sejarah Bangunan / Binaan Dibina dengan titah Raja Rama V (Chulalongkorn) pada tahun 1900. Bangunan dengan reka bentuk era Victoria ini merupakan kediaman tetap yang pertama di Taman Dusit. Ia juga merupakan rumah kayu jati keemasan yang terbesar di dunia. Atas cadangan Permaisuri Sirikit, kini ia merupakan Muzium Warisan Thailand. Dibina antara tahun 1900 hingga 1906 oleh Auguste Henri Vildieu, arkitek rasmi France di Vietnam untuk menempatkan ibu pejabat Gabenor Jeneral Indochina. Bangunan dengan seni bina French Colonial ini juga mempunyai pengaruh seni bina Italianate Renaissance dan Baroque. Kini ia digunakan sebagai tempat mesyuarat kerajaan yang penting.
Nilai 3 Baht x 10 (30 Baht) 800d x 10 (8,000d)
Saiz Setem 41mm x 30mm 43mm x 32mm
Tebukan 13 13
Susunan Setem (Turutan Nama Negara) Kiri ke kanan Kiri ke kanan
Kedudukan Logo ASEAN Dalam Setem Bucu kanan, atas Bucu kanan, atas
Pereka Bentuk Udoan Niyomthum Hoang Thuy Lieu
Pencetak Thai British Security Printing Public Company Limited, Thailand Postal Stamp Printing Company, Vietnam
Keistimewaan Reka Bentuk
  • Satu-satunya lembaran setem yang mempunyai kedua-dua nombor siri dan kod bar.
  • Bendera negara pada setiap tepi setem.
  • Saiz tulisan nama bangunan yang konsisten.
  • Penggunaan perkataan-perkataan dalam tulisan Thai yang agak ketara.
  • Latar belakang lembaran setem yang unik, imej pucuk buluh.
  • Tajuk keluaran dalam Bahasa Vietnam dan Bahasa Inggeris.
  • Saiz tulisan nama bangunan yang konsisten.
  • Penggunaan nama bangunan dalam Bahasa Vietnam pada keseluruhan setem.
  • Nombor siri urutan setem (format 10-1 ke 10-10)
Kesilapan Yang Dikesan
  • Indonesia - Tiada koma selepas 'Museum'.
  • Philippines - Tiada jarak selepas koma.
  • Hanya Nama Bangunan Vimanmek Mansion ditulis dalam tulisan Thai.
  • Saiz tulisan nama bangunan tidak konsisten.
  • Brunei - Tiada nama pereka bentuk, mungkin disebabkan nama terlalu panjang.
  • Philippines - Bron.

Rajah di bawah menunjukkan anggaran nilai lembaran setem negara-negara ASEAN.

BND
KHR
IDR
LAK
MYR
MMK
PHP
SGD
THB
VND
Brunei Darussalam
2.00
6,244
13,150
12,076
4.63
1,467
66.23
1.99
46.54
27,994
Cambodia
3.20
10,000
21,059
19,340
7.42
2,349
106.07
3.19
74.54
44,832
Indonesia
3.80
11,871
25,000
22,959
8.81
2,792
125.92
3.78
88.48
53,221
Laos
1.16
3,619
7,622
7,000
2.69
850
38.39
1.15
26.98
16,227
Malaysia
2.16
6,737
14,187
13,029
5.00
1,583
71.46
2.15
50.21
30,203
Myanmar
0.68
2,129
4,477
4,117
1.58
500
22.58
0.68
15.87
9,543
Philippines
6.04
18,855
39,708
36,466
13.99
4,428
200
6.01
140.54
84,531
Singapore
2.61
8,156
17,176
15,773
6.05
1,920
86.51
2.60
60.79
36,563
Thailand
1.29
4,025
8,476
7,784
2.99
946
42.69
1.28
30.00
18,044
Vietnam
0.57
1,784
3,758
3,451
1.32
419
18.93
0.57
13.30
8,000

Keterangan:

Nilai sebenar lembaran setem dalam mata wang negara-negara ASEAN.
Nilai anggaran lembaran setem negara-negara ASEAN dalam RM.
Nilai anggaran lembaran setem Malaysia dalam mata wang negara-negara ASEAN.

Daripada anggaran nilai lembaran setem yang dinyatakan di atas dapatlah disimpulkan bahawa lembaran setem Vietnam merupakan lembaran setem termurah (kira-kira RM1.32 - RM0.13 satu setem). Manakala lembaran setem Philippines merupakan lembaran setem termahal (kira-kira RM13.99 - RM1.39 satu setem).

Rajah di bawah pula memaparkan lembaran setem yang dikeluarkan oleh 10 negara-negara ASEAN. Saya mengklasifikasikan keluaran bersama ASEAN ini sebagai serupa (similar). Walaupun setem-setem yang dikeluarkan mempunyai perbezaan dari segi susunan setem, akan tetapi perbezaan saiz adalah lebih ketara. Mungkin ada sesetengah orang menganggap setem-setem ini adalah Setem Omnibus, akan tetapi, perlu diingatkan bahawa Setem Omnibus merujuk kepada pereka bentuk dan pencetak yang sama mengeluarkan setem bagi negara-negara yang terlibat.

Apa yang jelas di sini, keluaran bersama ASEAN ini direka bentuk oleh 10 pereka bentuk yang berbeza. Cuma terdapat beberapa negara yang berkongsi syarikat percetakan yang sama. Setem-setem Brunei dan Malaysia dicetak oleh Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd., Malaysia. Manakala setem-setem Cambodia, Laos dan Vietnam dicetak oleh Postal Stamp Printing Company, Vietnam. Persamaan amat ketara pada setem-setem Cambodia, Laos dan Vietnam dari segi saiz setem. Ini kerana Cambodia dan Laos, mungkin kekurangan kemudahan percetakan di negara sendiri, sentiasa mendapatkan khidmat syarikat percetakan Vietnam untuk mencetak setem-setem keluaran negara mereka.

BRUNEI DARUSSALAM
CAMBODIA
INDONESIA
LAOS
MYANMAR
PHILIPPINES
MALAYSIA
SINGAPORE
THAILAND
VIETNAM

Selain daripada lembaran setem, terdapat lima buah negara, iaitu Cambodia, Indonesia, Laos, Philippines dan Vietnam ada mengeluarkan setem dan lembaran mini tambahan sempena keluaran bersama ini. Daripada lima buah negara ini, hanya Cambodia sahaja yang mengeluarkan setem tambahan yang berlainan tema berbanding negara-negara lain. Maklumat-maklumat berkenaan setem tambahan adalah seperti rajah di bawah.

CAMBODIA
  • Memaparkan tarian Apsara atau Robam Tep Apsara dalam bahasa Khmer.
  • 5 keping setem bernilai 800R, 900R, 1,400R, 1,600R dan 2,000R (Jumlah 6,700R / RM4.93).
  • Berukuran 46mm x 31 mm, tebukan 13.
  • Logo ASEAN di sebelah bucu kiri, atas.
INDONESIA
LAOS
  • Setem Muzium Fatahillah, sama seperti dalam lembaran setem.
  • Bezanya ia dikeluarkan dalam satu lembaran 8 keping setem. Saiz setem dan tebukan adalah sama.
  • Nilai setem Rp.1,500 x 8 (Rp.12,000 / RM4.20).
  • Kesilapan yang dikesan:
    • Logo ASEAN kelihatan kabur.
    • Nombor siri urutan setem (3/10) sepatutnya tidak perlu dinyatakan pada setem ini kerana ia dikeluarkan secara berasingan, malah setem-setem bangunan negara lain tidak dikeluarkan dalam format ini.
  • Setem Rumah Tipikal Lao, sama seperti dalam lembaran setem.
  • Dikeluarkan dalam satu lembaran 10 keping setem. Saiz setem dan tebukan adalah sama.
  • Saiz lembaran setem ini sama seperti lembaran setem 10 negara dan mempunyai nombor siri.
  • Nilai setem 7,000K x 10 (70,000K / RM26.67).
  • Perbezaan ketara pada setem ini ialah penggunaan Bahasa Lao dan Bahasa Inggeris.
  • Terdapat sedikit kesilapan pada kependekan 'Kip' (mata wang Laos). Pada setem ini dipaparkan dengan huruf kecil (k), sedangkan huruf besar (K) digunakan pada lembaran setem 10 negara.
PHILIPPINES
  • Setem Istana Malacañang, sama seperti dalam lembaran setem.
  • Dikeluarkan dalam satu lembaran 10 keping setem. Saiz setem dan tebukan adalah sama.
  • Nilai setem, P7 x 10 (P70 / RM4.88).
  • Lembaran setem ini berwarna kuning dengan nombor siri pada sisi sebelah kiri.
  • Satu-satunya negara yang mengeluarkan lembaran mini untuk keluaran ini. Bersaiz 101mm x 58.5mm, saiz setem dalam lembaran mini 80mm x 31mm. Saiz tebukan 14.
  • Nilai lembaran mini, P20 (RM1.39).
  • Daripada gambar yang dipaparkan pada lembaran mini, jelas kesilapan pereka bentuk setem ini ialah mereka menggunakan gambar yang tidak jelas dan tidak disunting dengan baik. Gambar yang jelas sepatutnya digunakan bagi memaparkan seni bina istana ini dengan lebih menarik.
VIETNAM
  • Setem 10 negara yang sama seperti dalam lembaran setem dikeluarkan secara berasingan.
  • Dikeluarkan dalam satu lembaran 25 keping setem setiap satu. Saiz setem dan tebukan adalah sama.
  • Nilai setem juga adalah sama seperti yang terdapat pada lembaran setem 10 negara.
  • Satu set lengkap setem bernilai 8,000d (RM1.32). Manakala satu set lembaran setem bernilai 200,000d (RM32.27).
  • Kesilapan kecil sama seperti yang telah dinyatakan pada rajah sebelum ini.

Selain Setem, Apa Lagi?

Selain daripada lembaran setem, rajah di bawah menerangkan tentang bahan-bahan filateli lain yang dikeluarkan oleh jabatan dan syarikat pos negara-negara ASEAN.

Negara
Sampul Surat Hari Pertama
Pek Cenderamata
Album ASEAN
Bahan-Bahan Lain / Keterangan
BRUNEI DARUSSALAM
CAMBODIA
√ (2+1*)
*SSHP Robam Tep Apsara
INDONESIA
√ (2+1*)
√ (CD**)
*SSHP Setem Rp.1,500,
**CD Maklumat setem ASEAN
LAOS
√ (1+1*)
*SSHP Rumah Tipikal Lao 7000K
MALAYSIA
Folder
MYANMAR
PHILIPPINES
√ (1+2*)
*SSHP Setem P7 & SSHP Lembaran Mini
SINGAPORE
THAILAND
√ (2)
VIETNAM
√ (3+1*)
*SSHP Lembaran setem & Kad Maksima

Tiada sampul surat hari pertama campuran dikeluarkan. Namun begitu, 3 negara iaitu Indonesia, Malaysia dan Thailand ada mengeluarkan Album ASEAN yang mengandungi set lengkap 10 lembaran setem dari kesemua negara-negara ASEAN serta fakta ringkas berkenaan negara-negara tersebut. Boleh dikatakan album keluaran Indonesia adalah yang terbaik kerana selain daripada fakta negara yang agak lengkap, album ini juga disertakan dengan sekeping CD yang memuatkan video klip pengenalan terhadap ASEAN dan gambar-gambar setem yang dikeluarkan.

Ada dijual di mana?

Kebanyakan lembaran setem dan bahan-bahan filateli yang lain masih boleh didapati dengan mudah di eBay dan Delcampe. Namun begitu, terdapat beberapa bahan filateli yang agak sukar dicari. Contohnya seperti Sampul Surat Hari Pertama dari negara Cambodia, Laos dan Myanmar. Begitu juga dengan kad maksima dari Vietnam. Setem Robam Tep Apsara dari Cambodia dan setem Rumah Tipikal Lao yang bernilai 7,000 Kip juga agak jarang ditemui. Setem dan sampul surat hari pertama yang dinyatakan adalah merupakan kunci untuk melengkapkan set keluaran bersama ini.

2 ulasan:

Ejen 010 berkata...

maklumat yang berguna

Ahmad Omar Arbain berkata...

Terima kasih atas komen anda. Blog ni baru saja diubahsuai, maklumat berkenaan Keluaran Bersama Malaysia - South Korea akan dimuatkan tak lama lagi.