Koleksi Setem Keluaran Bersama Malaysia
Di sini dipaparkan koleksi setem keluaran bersama yang dikeluarkan oleh Pos Malaysia Berhad untuk tatapan semua. Berserta dengan paparan koleksi ini saya sertakan pandangan peribadi saya berkenaan setem-setem tersebut. Selamat membaca.
Khamis, Disember 20, 2012
Laman Jualan Setem Keluaran Bersama
Alhamdulillah, dapat juga saya meluangkan masa untuk mengemaskini blog ini. Pada kesempatan ini saya ingin mempromosikan laman jualan koleksi saya di Facebook. Saya namakan laman jualan koleksi ini sebagai Omar's Duplicates and Extras. Laman ini bukan sahaja menjual koleksi keluaran bersama, malah koleksi-koleksi saya yang lain seperti duit syiling, sampul surat hari pertama dan setem-setem selain setem keluaran bersama.
Isnin, Oktober 10, 2011
Keluaran Bersama Malaysia - Indonesia (8 Ogos 2011)
Nota: Gambar-gambar setem dan sampul surat hari pertama akan dimuat naik kemudian. Harap maklum.
Pengenalan
Malaysia dan Indonesia merupakan negara serumpun yang juga disebut sebagai Nusantara. Terdapat pelbagai persamaan antara kedua-dua negara yang saling berkait rapat ini. Secara peribadi saya sendiri merupakan generasi ketiga suku kaum Banjar dari Padjukungan dan Tungkal, Banjarmasin, Kalimantan, Indonesia. Arwah datuk saya menetap di Tanah Melayu sebelum zaman kemerdekaan lagi dan mendapat kerakyatan Malaysia. Saya amat bersyukur kerana menjadi salah seorang rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya ini.
Oleh yang demikian, keluaran bersama antara Malaysia dan Indonesia ini amatlah saya nantikan kerana selain daripada minat saya yang mendalam terhadap keluaran bersama ini, keluaran bersama ini juga merupakan keluaran kali keempat Pos Malaysia dengan negara-negara ASEAN, iaitu setelah keluaran bersama antara dua negara dengan Singapore dan Brunei Darussalam serta sepuluh negara-negara ASEAN secara berkumpulan. Ia juga merupakan keluaran bersama ketujuh dalam sejarah setem keluaran bersama Malaysia.
Keluaran Bersama Malaysia - Indonesia ini dikeluarkan tepat pada masanya dalam usaha menjernihkan hubungan kedua-dua buah negara yang dilanda pertelingkahan kecil pada tahun-tahun kebelakangan ini. Namun, segala permasalahan berjaya diatasi bersama menerusi pendekatan adik-beradik. Seperti yang tercatat pada brosur Malaysia dan Indonesia, setem keluaran bersama ini dihasilkan untuk memupuk kefahaman dan hubungan silaturrahim di kalangan rakyat kedua-dua buah negara yang memiliki banyak persamaan serta mengajak kita untuk merenung kembali sejarah masing-masing dengan tujuan membina cita-cita bersama ke arah keamanan, pembangunan dan kemakmuran kedua-dua buah negara.
Keluaran Bersama Malaysia - Indonesia ini agak menarik kerana masing-masing bukan hanya mengeluarkan satu atau dua reka bentuk setem, tetapi lapan reka bentuk semuanya dengan empat reka bentuk setem mewakili Malaysia dan empat reka bentuk setem lagi mewakili Indonesia. Empat tema utama digunakan pada reka bentuk setem-setem ini iaitu tugu kebangsaan, matawang pertama selepas kemerdekaan, setem pertama selepas kemerdekaan dan spesies ayam.
Ciri-Ciri & Perbezaan
Setem ini dikeluarkan pada 8 Ogos 2011. Sebanyak lapan setem dikeluarkan dalam satu lembaran setem oleh Pos Malaysia dengan denominasi 90 sen setiap satu (RM7.20 bagi sehelai lembaran setem). 90 sen merupakan tarif penghantaran surat tidak lebih 20 gram ke serata negara ASEAN. Manakala sebanyak lapan setem juga dikeluarkan oleh Pos Indonesia dengan denominasi Rp 2,500 setiap satu (kira-kira 90 sen) dalam dua format berbeza, iaitu dalam satu lembaran setem (bernilai Rp 20,000 atau kira-kira RM7.00) dan dalam dua lembaran setem yang diasingkan setem-setem yang mewakili Indonesia dan Malaysia (bernilai Rp 80,000 atau kira-kira RM27.98). Saiz setem bagi kedua-dua buah negara adalah sama, iaitu 40mm lebar dan 30mm panjang. Namun begitu, keluaran bersama ini saya klasifikasikan sebagai setem seiras (identical) atas sebab-sebab berikut:
- Terdapat perbezaan dari segi format keluaran, Pos Malaysia mengeluarkan dua jenis format, iaitu empat setem setenant dalam lembaran setem dengan tebukan dan lembaran setem tanpa tebukan.
- Pos Indonesia juga mengeluarkan setem ini dalam dua jenis format, iaitu lapan setem berasingan dalam dua lembaran setem (full sheet menurut istilah Pos Indonesia) dan empat setem setenant dalam satu lembaran setem (mini sheet menurut istilah Pos Indonesia).
- Selain nama negara, tahun keluaran, denominasi, nama tema dalam bahasa masing-masing dan Bahasa Inggeris, setem-setem keluaran Pos Malaysia memaparkan tajuk keluaran dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, manakala setem-setem keluaran Pos Indonesia hanya memaparkan tajuk keluaran dalam Bahasa Indonesia sahaja, tambahan pula setiap keping setem ditandakan dengan nombor reka bentuk masing-masing, daripada 1/8 hingga 8/8.
- Susunan setem pada mini sheet Indonesia agak pelik. Oleh kerana cuba untuk memberikan persamaan dengan keluaran lembaran Malaysia, setem-setem Indonesia disusun dengan janggal, bermula dengan nombor 5/8 dan kemudiannya 1/8. Adalah lebih baik sekiranya setem yang mewakili reka bentuk Indonesia diletakkan di sebelah kiri agar susunannya lebih teratur.
- Setem Indonesia mempunyai kod produk tersendiri, full sheet ditandakan dengan kod 111112, manakala mini sheet ditandakan dengan kod 111312 dan sampul surat hari pertama ditandakan dengan kod 112112.
- Setem Malaysia dicetak secara penuh manakala setem Indonesia mempunyai bingkai berwarna putih.
- Warna dan gambar setem-setem keluaran Pos Malaysia lebih terang dan jelas berbanding setem-setem keluaran Pos Indonesia yang agak kabur dan pudar. Selain itu, saiz gambar Matawang ORI dan Setem Tentera Surakarta pada setem-setem Keluaran Pos Malaysia besar sedikit berbanding setem-setem keluaran Pos Indonesia.
Jadual di bawah menerangkan butiran teknikal dan keterangan ringkas berkenaan reka bentuk setem-setem kedua-dua buah negara.
Butiran Teknikal Setem | ||
Nama Negara | Malaysia | Indonesia |
Tajuk Keluaran | Keluaran Bersama Malaysia - Indonesia Malaysia - Indonesia Joint Issue | Penerbitan Prangko Bersama Indonesia - Malaysia Indonesia - Malaysia Joint Issue of Stamp |
Saiz Setem | 40mm x 30mm | 40mm x 30mm |
Tebukan | 14 | 12.75 x 13.50 |
Kertas | Tera Air SPM, Bersalut Fosfor | Tullis Russel, Pelekat PVA |
Proses Percetakan | Litografi | Offset |
Pereka Bentuk Setem | Peter Chuah, Orient Communications | Tata Sugiarta, Creativa Vistama |
Pencetak | Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd. | Perum PERURI |
Kuantiti Keluaran |
|
|
Keterangan Ringkas Reka Bentuk Setem | ||
Gambar dan Nama Pada Setem Malaysia | Gambar dan Nama Pada Setem Indonesia | Keterangan Ringkas |
Tugu Negara Malaysia Malaysia’s National Monument | Tugu Negara Malaysia Malaysia’s National Monument | Tugu ini dirasmikan pada 8 Februari 1966 bagi memperingati jasa dan pengorbanan lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1939-1945) dan Darurat (1948-1960). Tugu gangsa setinggi 15 meter ini direka bentuk oleh pengukir dari Austria bernama Felix de Weldon. |
Tugu Proklamasi Proclamation Monument | Monumen Proklamasi Indonesia’s Proclamation Monument | Dikenali juga sebagai Tugu Petir, ia dibina di halaman bekas tapak kediaman Presiden Soekarno. Ia dirasmikan pada 17 Ogos 1972, manakala patung Soekarno dan Hatta sedang membaca proklamasi dirasmikan oleh Presiden Soeharto pada 17 Ogos 1980. |
Matawang Pertama Malaysia Selepas Merdeka Malaysia’s First Currency Issued After Merdeka | Matawang Pertama Malaysia Selepas Merdeka Malaysia’s First Currency Issued After Merdeka | Wang kertas pertama selepas kemerdekaan dengan nilai 1 dollar dikeluarkan pada 1 Mac 1959 dan mula diedarkan ke seluruh negara pada 1 Jun 1959. Wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai di seluruh Malaya, Singapore, Sarawak dan Borneo Utara (kini Sabah). Ia ditandatangani oleh Tun Henry Lee Hau-shik (Tun H.S. Lee) selaku Menteri Kewangan Malaysia yang pertama. |
Matawang ORI ORI Banknote | Oeang Repoeblik Indonesia ORI Banknote | Oeang Repoeblik Indonesia atau ORI adalah matawang pertama Indonesia selepas kemerdekaan. Ia mula diedarkan ke seluruh negara pada 30 Oktober 1946. Ia ditandatangani oleh Menteri Kewangan, A.A. Maramis dan dicetak oleh Percetakan Canisius. Penggunaan matawang Jepun dan Belanda (Javasche Bank) dihentikan dengan pengenalan matawang ini. |
Setem Pertama Malaysia Selepas Merdeka Malaysia’s First Stamp Issued After Merdeka | Setem Pertama Malaysia Selepas Merdeka Malaysia’s First Stamp Issued After Merdeka | Setem pertama selepas kemerdekaan berdenominasi 10 sen ini dicetak menggunakan teknik intaglio. Ia memaparkan wajah Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri yang pertama dan berlatar belakangkan rakyat Malaysia yang melambai ke arah kapal layar dan merpati yang melambangkan perdamaian dan permulaan langkah sebagai negara yang baharu merdeka. |
Setem Tentera Surakarta Surakarta Military Stamp | Prangko Militer Surakarta Surakarta Military Stamp | Setem Pemerintah Tentera Daerah Surakarta ini merupakan setem yang diterbitkan pada waktu darurat bagi melambangkan semangat pantang mengalah rakyat Indonesia kepada pencerobohan kali kedua oleh tentera Belanda. Ia diterbitkan pada bulan Ogos 1949, dicetak dengan warna biru, tanpa tebukan dan pelekat, berdenominasi 15 rupiah. Kini, hanya tinggal kurang daripada 50 keping setem ini yang masih wujud dan menjadikannya ‘Permata Filateli Indonesia’. |
Ayam Hutan Merah Gallus Gallus | Ayam Hutan Gallus gallus (The Red Jungle Fowl) | Ayam Hutan Merah merupakan ayam yang biasa ditemui di negara India Utara, Nepal, Myanmar, Thailand, Vietnam, Malaysia dan Sumatera. Namun kini spesies asli ayam ini sangat sukar ditemui kerana berlakunya proses kacukan antara ayam hutan dan ayam kampung. |
Ayam Hutan Hijau Gallus Varius | Ayam Hutan Hijau Gallus varius | Istilah kurang tepat bagi ayam ini ialah Bekisar. Ayam dengan sayap berwarna hijau tua dan jingga ini hanya boleh ditemui di Pulau Jawa, Bali, Flores, Komodo, Lombok dan pulau-pulau kecil lain di sekitarnya. |
Brosur kedua-dua negara banyak memberi maklumat berguna terutamanya brosur Indonesia. Namun begitu, terdapat banyak kesalahan ejaan dan fakta terutamanya pada brosur Malaysia. Contoh paling ketara ialah berkenaan Setem Tentera Surakarta, keterangan berkenaan setem ini tidak dinyatakan langsung pada brosur Malaysia, sebaliknya keterangan tentang setem yang tidak berkaitan dinyatakan pada brosur tersebut. Selain itu, terdapat kesilapan tarikh edaran Matawang ORI (sepatutnya 30 Oktober tetapi dinyatakan 3 Oktober pada brosur Malaysia). Pada brosur Indonesia, dinyatakan bahawa Tugu Negara dirasmikan pada 8 Februari 1996 (tarikh sebenar ialah 8 Februari 1966). Selain itu, kenyataan Tunku Abdul Rahman melambai ke arah rakyat juga tidak tepat, kerana pada gambar setem itu hanya memaparkan wajah Tunku Abdul Rahman sedang bercakap menggunakan mikrofon manakala latar belakang rakyat pula melambai ke arah kapal layar dan burung merpati.
Selain Setem, Apa Lagi?
Pos Malaysia Berhad mengeluarkan setem dalam bentuk lembaran dengan tebukan dan lembaran tanpa tebukan, sampul surat hari pertama dan folder. Manakala PT Pos Indonesia mengeluarkan setem dalam bentuk full sheet dan mini sheet serta sampul surat hari pertama. Kedua-dua negara juga mengeluarkan sampul kenangan (atau Sampul Terpadu menurut istilah Pos Indonesia) bagi memperingati keluaran bersama ini. Untuk keluaran bersama kali ini, pengeluaran sampul kenangan ini mempunyai ceritanya yang tersendiri.
Pos Malaysia menerima sejumlah 5,000 keping sampul surat hari pertama kosong daripada Pos Indonesia. Seperti keluaran bersama sebelum ini, rancangan asal pengeluaran sampul kenangan adalah dengan melekatkan setem kedua-dua negara pada sampul surat hari pertama. Namun begitu, kekurangan sampul surat hari pertama Malaysia memaksa Pos Malaysia mengeluarkan sampul kenangan menggunakan sampul surat hari pertama Indonesia. Dipercayai hanya sebanyak 2,500 keping sampul kenangan sahaja dikeluarkan. Setakat ini terdapat empat variasi berbeza untuk sampul kenangan Malaysia.
- Jenis A: 2 setem setenant Malaysia dilekat bersama 2 setem setenant Indonesia pada 2 keping sampul surat hari pertama Indonesia.
- Jenis B: 2 setem setenant Malaysia dilekat bersama 4 setem Indonesia pada 2 keping sampul surat hari pertama Indonesia.
- Jenis C: 2 setem setenant Malaysia dilekat bersama 2 setem setenant Indonesia pada 2 keping sampul surat hari pertama Malaysia.
- Jenis D: 2 setem setenant Malaysia dilekat bersama 4 setem Indonesia pada 2 keping sampul surat hari pertama Malaysia.
Pos Indonesia pula mengeluarkan sampul kenangan (Sampul Terpadu) dalam dua reka bentuk berbeza. Pada mulanya mereka hanya mengeluarkan 100 keping sampul kenangan reka bentuk pertama dan ia habis terjual di laman web filateli mereka dalam tempoh 2 hari sahaja. Beberapa minggu kemudian mereka mengeluarkan reka bentuk kedua dan kali ini mereka mengeluarkannya sebanyak 1,000 keping.
- Reka bentuk A: Setem Malaysia dalam bentuk blok-8 dilekat bersama Setem Indonesia dalam bentuk blok-8. Sebanyak 100 keping sahaja dikeluarkan.
- Reka bentuk B: Setem Malaysia dalam bentuk blok-8 dilekat bersama Setem Indonesia dalam bentuk blok-8. Sebanyak 1,000 keping sahaja dikeluarkan.
Ada dijual di mana?
Set lengkap setem Malaysia dan setem Indonesia serta sampul surat hari pertama keluaran kedua-dua negara masih boleh didapati di eBay dan Delcampe dengan mudah. Malah, kedua-dua set setem ini masih boleh didapati di laman web jualan Pos Malaysia Berhad dan PT Pos Indonesia. Namun begitu, agak sukar untuk mencari sampul kenangan Malaysia dan Indonesia kerana kuantiti keluaran yang terhad. Namun begitu, saya cuba untuk membantu melengkapkan koleksi anda dengan menawarkan beberapa keping sampul kenangan Malaysia dan Indonesia untuk dijual. Sila ke laman jualan eBay saya untuk maklumat lanjut.
Ahad, Disember 12, 2010
Keluaran Bersama Malaysia - Korea: Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia - Korea (23 Februari 2010)
Pengenalan
Setelah hampir 3 tahun tanpa sebarang setem keluaran bersama, Pos Malaysia Berhad telah bekerjasama dengan Korea Post untuk mengeluarkan setem keluaran bersama bersempena Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia - Korea. Bagi menampilkan persamaan kedua-dua negara, harimau telah digunakan sebagai tema keluaran bersama ini. Harimau Malaya atau Panthera tigris jacksoni mewakili Malaysia manakala Harimau Korea atau Panthera tigris altaica mewakili Korea. Keluaran kali ini mendapat sambutan yang menggalakkan, khususnya daripada kaum Cina kerana secara kebetulan, tahun 2010 merupakan 'Tahun Harimau' mengikut Kalendar Cina.

Harimau Malaya juga dikenali sebagai Harimau Belang dan hanya boleh didapati di Semenanjung Malaysia. Ia merupakan lambang negara yang melambangkan keberanian dan kekuatan rakyat Malaysia. Harimau Malaya merupakan antara subspesies harimau terkecil berbanding subspesies harimau yang lain. Berat seekor Harimau Malaya jantan pada puratanya ialah 120 kilogram dengan panjang 237 sentimeter. Manakala Harimau Malaya betina pula pada puratanya seberat 100 kilogram dan panjangnya lebih kurang 200 sentimeter.

Harimau Korea, atau juga dikenali sebagai Harimau Siberia merupakan subspesies terbesar dalam keluarga harimau. Seekor Harimau Korea boleh mencapai berat sehingga 290 kilogram dan panjang sehingga 400 sentimeter. Bulunya lebih tebal dan kasar berbanding harimau lain namun pada musim sejuk, bulunya lebih padat, panjang dan lembut.
Memandangkan terdapat tiga daripada sembilan subspesies harimau yang telahpun pupus, iaitu Harimau Caspian, Javan dan Balinese, adalah diharapkan agar Keluaran Bersama Malaysia-Korea ini dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat dunia untuk menghargai dan mengambil langkah yang wajar bagi memastikan harimau-harimau ini terus hidup untuk tatapan generasi akan datang.
Ciri-Ciri & Perbezaan
Setem ini dikeluarkan pada 23 Februari 2010. Malaysia mengeluarkan 2 keping setem sepasang (setenant) dengan nilai 50 sen setiap satu (RM1.00 sepasang). Manakala Korea juga mengeluarkan 2 keping setem sepasang (setenant) dengan nilai 250 won setiap satu (500 won sepasang, kira-kira RM1.37). Berukuran 30mm lebar dan 50mm panjang, saiz setem kedua-dua negara adalah sama. Oleh yang demikian, saya mengklasifikasikan setem keluaran Malaysia - Korea ini sebagai seiras (identical) atas sebab-sebab berikut:
Setem Malaysia direka bentuk oleh Reign Associates Sdn. Bhd., dan dicetak menggunakan teknik lithography oleh Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd., menggunakan kertas tera air SPM. Kesemua setem bersaiz 30mm lebar dan 50mm panjang. Saiz tebukan antara lubang bagi semua setem ialah 13.5, kecuali setem paling kanan dalam setiap lembaran, saiz tebukan bahagian kanan setem ialah 14.
Setem Korea pula direka bentuk oleh pereka bernama Kim So-Jeong, dan dicetak menggunakan teknik offset, five colors oleh Korea Minting and Security Printing Corporation (KOMSCO). Setiap setem dicetak di atas kertas tidak tera air. Setiap setem berukuran 30mm lebar dan 50mm panjang. Saiz tebukan antara lubang ialah 13. Setiap setem keluaran Korea mempunyai nombor keluaran yang unik. Untuk keluaran bersama ini, setem-setem Korea bernombor 2721 dan 2722. Nombor keluaran ini merupakan bilangan setem yang pernah dikeluarkan oleh Korea Post sejak dari zaman penubuhannya. Sebanyak 750,000 keping setem dikeluarkan untuk keluaran bersama ini.
Selain Setem, Apa Lagi?
Pos Malaysia Berhad mengeluarkan setem, sampul surat hari pertama, dan folder. Manakala Korea Post pula mengeluarkan setem, sampul surat hari pertama dan brosur berserta setem bercop tarikh keluaran. Kedua-dua negara juga mengeluarkan sampul kenangan bagi memperingati setem keluaran bersama ini.
Ada dijual di mana?
Set lengkap setem Malaysia dan set setem Korea serta sampul surat hari pertama keluaran kedua-dua negara masih boleh didapati di eBay dan Delcampe dengan mudah. Malah, kedua-dua set setem ini masih boleh didapati di laman web jualan Pos Malaysia dan Korea Post. Namun begitu, agak sukar untuk mencari sampul kenangan Malaysia dan Korea kerana kuantiti keluaran yang terhad. Brosur berserta setem bercop tarikh keluaran Korea juga agak jarang ditemui.

- Terdapat perbezaan pada format keluaran, setem Malaysia dikeluarkan dalam format sepasang (setenant), dan format yang sama untuk kesemua setem dalam lembaran. Terdapat 20 keping setem atau 10 set setem dalam setiap lembaran.
- Setem Korea pula dikeluarkan dalam dua format, iaitu dua keping setem berasingan dan setem sepasang (setenant). Dua keping setem yang dilekatkan secara berasingan pada dua keping sampul surat hari pertama menguatkan fakta ini. Berdasarkan maklumat daripada laman web Korea Post, dinyatakan bahawa format setem Korea ialah 4 x 4 + 2, bermaksud setiap lembaran mengandungi empat set berasingan dan satu set sepasang (setenant). Terdapat 10 keping setem atau 5 set setem dalam setiap lembaran.
- Selain nama negara, tahun keluaran dan denominasi, Setem Malaysia hanya memaparkan nama harimau dalam Bahasa Inggeris dan nama saintifik. Manakala Setem Korea memaparkan nama harimau dalam Bahasa Korea, nama saintifik dan tajuk keluaran bersama dalam Bahasa Korea dan Bahasa Inggeris.
- Secara keseluruhan, warna dan garisan lukisan harimau pada Setem Malaysia lebih terang dan jelas berbanding Setem Korea, menjadikannya lebih menarik.
Setem Malaysia direka bentuk oleh Reign Associates Sdn. Bhd., dan dicetak menggunakan teknik lithography oleh Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd., menggunakan kertas tera air SPM. Kesemua setem bersaiz 30mm lebar dan 50mm panjang. Saiz tebukan antara lubang bagi semua setem ialah 13.5, kecuali setem paling kanan dalam setiap lembaran, saiz tebukan bahagian kanan setem ialah 14.
Setem Korea pula direka bentuk oleh pereka bernama Kim So-Jeong, dan dicetak menggunakan teknik offset, five colors oleh Korea Minting and Security Printing Corporation (KOMSCO). Setiap setem dicetak di atas kertas tidak tera air. Setiap setem berukuran 30mm lebar dan 50mm panjang. Saiz tebukan antara lubang ialah 13. Setiap setem keluaran Korea mempunyai nombor keluaran yang unik. Untuk keluaran bersama ini, setem-setem Korea bernombor 2721 dan 2722. Nombor keluaran ini merupakan bilangan setem yang pernah dikeluarkan oleh Korea Post sejak dari zaman penubuhannya. Sebanyak 750,000 keping setem dikeluarkan untuk keluaran bersama ini.
Selain Setem, Apa Lagi?
Pos Malaysia Berhad mengeluarkan setem, sampul surat hari pertama, dan folder. Manakala Korea Post pula mengeluarkan setem, sampul surat hari pertama dan brosur berserta setem bercop tarikh keluaran. Kedua-dua negara juga mengeluarkan sampul kenangan bagi memperingati setem keluaran bersama ini.
![]() |
Sampul Kenangan Keluaran Pos Malaysia |
![]() |
Sampul Kenangan Keluaran Korea Post |
Set lengkap setem Malaysia dan set setem Korea serta sampul surat hari pertama keluaran kedua-dua negara masih boleh didapati di eBay dan Delcampe dengan mudah. Malah, kedua-dua set setem ini masih boleh didapati di laman web jualan Pos Malaysia dan Korea Post. Namun begitu, agak sukar untuk mencari sampul kenangan Malaysia dan Korea kerana kuantiti keluaran yang terhad. Brosur berserta setem bercop tarikh keluaran Korea juga agak jarang ditemui.
Sabtu, Ogos 14, 2010
Keluaran Bersama ASEAN (8 Ogos 2007)
Pengenalan
Keluaran bersama kali kelima buat Malaysia agak unik. Ini kerana ia dikeluarkan bersama dengan 9 lagi negara-negara Asia Tenggara lain, iaitu Brunei Darussalam, Cambodia, Indonesia, Laos, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand dan Vietnam. Keluaran bersama ini adalah bersempena Ulang Tahun ke-40 ASEAN. ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 dengan tujuan untuk mengukuhkan kerjasama serantau.
Pada mulanya, persatuan ini hanya dianggotai oleh 5 buah negara, iaitu Indonesia, Malaysia, Philippines, Singapore dan Thailand. 40 tahun berlalu, persatuan ini bertambah anggotanya kepada 10 apabila Brunei Darussalam menyertai ASEAN pada tahun 1984, diikuti Vietnam pada tahun 1994, Laos dan Myanmar pada tahun 1997. Walaupun Cambodia menyertai ASEAN bersama dengan Laos dan Myanmar pada tahun 1997, mereka terpaksa menarik diri disebabkan masalah politik dalaman negara. Cambodia hanya menyertai semula ASEAN pada tahun 1999.
Bagi memperingati Ulang Tahun ke-40 penubuhan ASEAN, 10 jabatan dan syarikat pos negara-negara ASEAN bersetuju untuk mengeluarkan setem keluaran bersama yang memaparkan seni bina setiap negara anggota. 10 reka bentuk setem ini digabungkan bagi membentuk sehelai lembaran setem.
Ciri-Ciri & Perbezaan
Agak sukar untuk menerangkan secara terperinci setiap setem dalam bentuk perenggan. Oleh yang demikian, saya telah membina rajah bagi memudahkan pembacaan anda. Rajah di bawah memaparkan maklumat-maklumat berkenaan setem-setem yang dikeluarkan.
Rajah di bawah menunjukkan anggaran nilai lembaran setem negara-negara ASEAN.
Keterangan:
Daripada anggaran nilai lembaran setem yang dinyatakan di atas dapatlah disimpulkan bahawa lembaran setem Vietnam merupakan lembaran setem termurah (kira-kira RM1.32 - RM0.13 satu setem). Manakala lembaran setem Philippines merupakan lembaran setem termahal (kira-kira RM13.99 - RM1.39 satu setem).
Rajah di bawah pula memaparkan lembaran setem yang dikeluarkan oleh 10 negara-negara ASEAN. Saya mengklasifikasikan keluaran bersama ASEAN ini sebagai serupa (similar). Walaupun setem-setem yang dikeluarkan mempunyai perbezaan dari segi susunan setem, akan tetapi perbezaan saiz adalah lebih ketara. Mungkin ada sesetengah orang menganggap setem-setem ini adalah Setem Omnibus, akan tetapi, perlu diingatkan bahawa Setem Omnibus merujuk kepada pereka bentuk dan pencetak yang sama mengeluarkan setem bagi negara-negara yang terlibat.
Apa yang jelas di sini, keluaran bersama ASEAN ini direka bentuk oleh 10 pereka bentuk yang berbeza. Cuma terdapat beberapa negara yang berkongsi syarikat percetakan yang sama. Setem-setem Brunei dan Malaysia dicetak oleh Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd., Malaysia. Manakala setem-setem Cambodia, Laos dan Vietnam dicetak oleh Postal Stamp Printing Company, Vietnam. Persamaan amat ketara pada setem-setem Cambodia, Laos dan Vietnam dari segi saiz setem. Ini kerana Cambodia dan Laos, mungkin kekurangan kemudahan percetakan di negara sendiri, sentiasa mendapatkan khidmat syarikat percetakan Vietnam untuk mencetak setem-setem keluaran negara mereka.
Selain daripada lembaran setem, terdapat lima buah negara, iaitu Cambodia, Indonesia, Laos, Philippines dan Vietnam ada mengeluarkan setem dan lembaran mini tambahan sempena keluaran bersama ini. Daripada lima buah negara ini, hanya Cambodia sahaja yang mengeluarkan setem tambahan yang berlainan tema berbanding negara-negara lain. Maklumat-maklumat berkenaan setem tambahan adalah seperti rajah di bawah.
Selain Setem, Apa Lagi?
Selain daripada lembaran setem, rajah di bawah menerangkan tentang bahan-bahan filateli lain yang dikeluarkan oleh jabatan dan syarikat pos negara-negara ASEAN.
Tiada sampul surat hari pertama campuran dikeluarkan. Namun begitu, 3 negara iaitu Indonesia, Malaysia dan Thailand ada mengeluarkan Album ASEAN yang mengandungi set lengkap 10 lembaran setem dari kesemua negara-negara ASEAN serta fakta ringkas berkenaan negara-negara tersebut. Boleh dikatakan album keluaran Indonesia adalah yang terbaik kerana selain daripada fakta negara yang agak lengkap, album ini juga disertakan dengan sekeping CD yang memuatkan video klip pengenalan terhadap ASEAN dan gambar-gambar setem yang dikeluarkan.
Ada dijual di mana?
Kebanyakan lembaran setem dan bahan-bahan filateli yang lain masih boleh didapati dengan mudah di eBay dan Delcampe. Namun begitu, terdapat beberapa bahan filateli yang agak sukar dicari. Contohnya seperti Sampul Surat Hari Pertama dari negara Cambodia, Laos dan Myanmar. Begitu juga dengan kad maksima dari Vietnam. Setem Robam Tep Apsara dari Cambodia dan setem Rumah Tipikal Lao yang bernilai 7,000 Kip juga agak jarang ditemui. Setem dan sampul surat hari pertama yang dinyatakan adalah merupakan kunci untuk melengkapkan set keluaran bersama ini.

| Nama Negara | BRUNEI DARUSSALAM | CAMBODIA |
| Gambar Setem Mengikut Negara | ||
| Tajuk Keluaran | ASEAN Joint Stamp Issue | The ASEAN Omnibus Stamp 2007 - ASEAN Joint Stamp Issue |
| Tarikh Keluaran | 21 November 2007 | 8 Ogos 2007 |
| Nama Bangunan / Binaan | Bangunan Sekretariat, Bandar Seri Begawan | Muzium Negara Cambodia |
| Sejarah Bangunan / Binaan | Bangunan Sekretariat dibina pada tahun 1952. Ia merupakan kompleks Pejabat Perdana Menteri dan pejabat-pejabat kerajaan lain yang terletak di Jalan Elizabeth II. | Dibina antara tahun 1917 hingga 1924, muzium yang menyimpan pelbagai koleksi kebudayaan dan tradisi rakyat Cambodia ini telah dirasmikan oleh Raja Sisowath pada tahun 1920. |
| Nilai | B$0.20 x 10 (B$2.00) | 1,000R x 10 (10,000R) |
| Saiz Setem | 40mm x 30mm | 43mm x 32mm |
| Tebukan | 13.5 | 13 |
| Susunan Setem (Turutan Nama Negara) | Atas ke bawah | Kiri ke kanan |
| Kedudukan Logo ASEAN Dalam Setem | Bucu kiri, bawah | Bucu kanan, atas |
| Pereka Bentuk | Pg. Hj. Mohd Yamin bin Pg. Setia Jaya bin Pg. Hj. Abdul Momin | Om Sam Ath |
| Pencetak | Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd. | Postal Stamp Printing Company |
| Keistimewaan Reka Bentuk |
|
|
| Kesilapan Yang Dikesan |
|
|
| Nama Negara | INDONESIA | LAOS |
| Gambar Setem Mengikut Negara | ||
| Tajuk Keluaran | ASEAN Joint Stamp Issue | ASEAN Joint Stamp Issue |
| Tarikh Keluaran | 8 Ogos 2007 | 8 Ogos 2007 |
| Nama Bangunan / Binaan | Muzium Fatahillah, Jakarta | Rumah Tipikal Lao |
| Sejarah Bangunan / Binaan | Juga dikenali sebagai Muzium Sejarah Jakarta, ia telah dibina pada tahun 1707. Dahulunya merupakan Bangunan Dewan Bandaraya Batavia, kini ia memelihara fakta sejarah berkaitan pembangunan Jakarta sejak ia dibuka sebagai muzium pada tahun 1974. | Rumah ini biasa ditemui di sekitar luar bandar. Ia dibina daripada kayu. Mempunyai tiang yang tinggi bagi mengelak banjir dan mendapatkan udara nyaman ketika hari panas. Ruang bawah rumah yang tinggi sesuai untuk menyimpan hasil tanaman, ternakan dan meletakkan mesin tenun kain. |
| Nilai | Rp.2,500 x 10 (Rp.25,000) | 700K x 10 (7,000K) |
| Saiz Setem | 40mm x 30mm | 43mm x 32mm |
| Tebukan | 13.5 (Elips) | 13 |
| Susunan Setem (Turutan Nama Negara) | Kiri ke kanan | Laos dahulu, kiri ke kanan |
| Kedudukan Logo ASEAN Dalam Setem | Bucu kanan, atas | Bucu kanan, atas |
| Pereka Bentuk | Tim Kreatif Pos | Vongsavanh Damlongsouk |
| Pencetak | Perum PERURI | Postal Stamp Printing Company |
| Keistimewaan Reka Bentuk |
|
|
| Kesilapan Yang Dikesan |
|
| Nama Negara | MALAYSIA | MYANMAR |
| Gambar Setem Mengikut Negara | ||
| Tajuk Keluaran | Keluaran Bersama ASEAN - ASEAN Joint Issue | ASEAN Joint Stamp Issue |
| Tarikh Keluaran | 8 Ogos 2007 | 19 Oktober 2007 |
| Nama Bangunan / Binaan | Bangunan Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu, Kuala Lumpur | Pejabat Pos Yangon |
| Sejarah Bangunan / Binaan | Bangunan ini siap dibina pada tahun 1917. Merupakan antara bangunan terindah di Malaysia dengan gabungan senibina Gothik, Yunani, Empayar Uthmaniah dan Mogul, hasil idea arkitek British bernama A.B. Hubbock. Bangunan ini masih beroperasi sebagai Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu. | Bangunan yang mempunyai struktur binaan era Victoria ini dibina pada tahun 1908. Merupakan pejabat pos terbesar di Myanmar, ianya juga adalah antara bangunan bersejarah dan warisan nasional di bandar Yangon. |
| Nilai | RM0.50 x 10 (RM5.00) | K50 x 10 (K500) |
| Saiz Setem | 32mm x 27mm | 42mm x 30mm |
| Tebukan | 13.5 | 14 |
| Susunan Setem (Turutan Nama Negara) | Kiri ke kanan | Kiri ke kanan |
| Kedudukan Logo ASEAN Dalam Setem | Bucu kanan, atas | Bucu kanan, atas |
| Pereka Bentuk | Reign Associates Sdn. Bhd. | Zaw Htoo Aung |
| Pencetak | Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd. | Security Printing Works Government Press |
| Keistimewaan Reka Bentuk |
|
|
| Kesilapan Yang Dikesan |
|
|
| Nama Negara | PHILIPPINES | SINGAPORE |
| Gambar Setem Mengikut Negara | ||
| Tajuk Keluaran | ASEAN Joint Stamp Issue - Modern Architectural Structures | 40th Year of ASEAN - ASEAN Joint Issue |
| Tarikh Keluaran | 8 Ogos 2007 | 8 Ogos 2007 |
| Nama Bangunan / Binaan | Istana MalacaƱang | Muzium Negara Singapore |
| Sejarah Bangunan / Binaan | Istana ini merupakan kediaman rasmi Presiden Philippines. Terletak di tebing utara Sungai Pasig, Manila, istana ini dibina pada tahun 1802 oleh bangsawan berbangsa Spain. | Bangunan neo-klasik ini telah dibina pada tahun 1887 oleh Sir H.E. McCallum. Dahulunya dikenali sebagai Raffles Library and Museum, ianya telah diubahsuai dan dibuka semula sebagai Muzium Negara Singapore pada Disember 2006. |
| Nilai | P20 x 10 (P200) | 1st Local - S$0.26 x 10 (S$2.60) |
| Saiz Setem | 40mm x 30mm | 40.7mm x 29.85mm |
| Tebukan | 14 | 13 |
| Susunan Setem (Turutan Nama Negara) | Kiri ke kanan | Kiri ke kanan |
| Kedudukan Logo ASEAN Dalam Setem | Bucu kanan, atas | Bucu kanan, atas |
| Pereka Bentuk | Richard Allen Baron Randolph Siscar | Blue Apples Consultancy |
| Pencetak | Amstar Company Inc. | Secura Singapore Pte Ltd |
| Keistimewaan Reka Bentuk |
|
|
| Kesilapan Yang Dikesan |
|
| Nama Negara | THAILAND | VIETNAM |
| Gambar Setem Mengikut Negara | ||
| Tajuk Keluaran | ASEAN Joint Stamp Issue | Tem Phat Hanh Chung ASEAN - ASEAN Joint Stamp Issue |
| Tarikh Keluaran | 8 Ogos 2007 | 8 Ogos 2007 |
| Nama Bangunan / Binaan | Rumah Besar Vimanmek, Bangkok | Istana Presiden, Hanoi |
| Sejarah Bangunan / Binaan | Dibina dengan titah Raja Rama V (Chulalongkorn) pada tahun 1900. Bangunan dengan reka bentuk era Victoria ini merupakan kediaman tetap yang pertama di Taman Dusit. Ia juga merupakan rumah kayu jati keemasan yang terbesar di dunia. Atas cadangan Permaisuri Sirikit, kini ia merupakan Muzium Warisan Thailand. | Dibina antara tahun 1900 hingga 1906 oleh Auguste Henri Vildieu, arkitek rasmi France di Vietnam untuk menempatkan ibu pejabat Gabenor Jeneral Indochina. Bangunan dengan seni bina French Colonial ini juga mempunyai pengaruh seni bina Italianate Renaissance dan Baroque. Kini ia digunakan sebagai tempat mesyuarat kerajaan yang penting. |
| Nilai | 3 Baht x 10 (30 Baht) | 800d x 10 (8,000d) |
| Saiz Setem | 41mm x 30mm | 43mm x 32mm |
| Tebukan | 13 | 13 |
| Susunan Setem (Turutan Nama Negara) | Kiri ke kanan | Kiri ke kanan |
| Kedudukan Logo ASEAN Dalam Setem | Bucu kanan, atas | Bucu kanan, atas |
| Pereka Bentuk | Udoan Niyomthum | Hoang Thuy Lieu |
| Pencetak | Thai British Security Printing Public Company Limited | Postal Stamp Printing Company |
| Keistimewaan Reka Bentuk |
|
|
| Kesilapan Yang Dikesan |
|
|
Rajah di bawah menunjukkan anggaran nilai lembaran setem negara-negara ASEAN.
BND | KHR | IDR | LAK | MYR | MMK | PHP | SGD | THB | VND | |
Brunei Darussalam | 2.00 | 6,244 | 13,150 | 12,076 | 4.63 | 1,467 | 66.23 | 1.99 | 46.54 | 27,994 |
Cambodia | 3.20 | 10,000 | 21,059 | 19,340 | 7.42 | 2,349 | 106.07 | 3.19 | 74.54 | 44,832 |
Indonesia | 3.80 | 11,871 | 25,000 | 22,959 | 8.81 | 2,792 | 125.92 | 3.78 | 88.48 | 53,221 |
Laos | 1.16 | 3,619 | 7,622 | 7,000 | 2.69 | 850 | 38.39 | 1.15 | 26.98 | 16,227 |
Malaysia | 2.16 | 6,737 | 14,187 | 13,029 | 5.00 | 1,583 | 71.46 | 2.15 | 50.21 | 30,203 |
Myanmar | 0.68 | 2,129 | 4,477 | 4,117 | 1.58 | 500 | 22.58 | 0.68 | 15.87 | 9,543 |
Philippines | 6.04 | 18,855 | 39,708 | 36,466 | 13.99 | 4,428 | 200 | 6.01 | 140.54 | 84,531 |
Singapore | 2.61 | 8,156 | 17,176 | 15,773 | 6.05 | 1,920 | 86.51 | 2.60 | 60.79 | 36,563 |
Thailand | 1.29 | 4,025 | 8,476 | 7,784 | 2.99 | 946 | 42.69 | 1.28 | 30.00 | 18,044 |
Vietnam | 0.57 | 1,784 | 3,758 | 3,451 | 1.32 | 419 | 18.93 | 0.57 | 13.30 | 8,000 |
Keterangan:
| Nilai sebenar lembaran setem dalam mata wang negara-negara ASEAN. | |
| Nilai anggaran lembaran setem negara-negara ASEAN dalam RM. | |
| Nilai anggaran lembaran setem Malaysia dalam mata wang negara-negara ASEAN. |
Daripada anggaran nilai lembaran setem yang dinyatakan di atas dapatlah disimpulkan bahawa lembaran setem Vietnam merupakan lembaran setem termurah (kira-kira RM1.32 - RM0.13 satu setem). Manakala lembaran setem Philippines merupakan lembaran setem termahal (kira-kira RM13.99 - RM1.39 satu setem).
Rajah di bawah pula memaparkan lembaran setem yang dikeluarkan oleh 10 negara-negara ASEAN. Saya mengklasifikasikan keluaran bersama ASEAN ini sebagai serupa (similar). Walaupun setem-setem yang dikeluarkan mempunyai perbezaan dari segi susunan setem, akan tetapi perbezaan saiz adalah lebih ketara. Mungkin ada sesetengah orang menganggap setem-setem ini adalah Setem Omnibus, akan tetapi, perlu diingatkan bahawa Setem Omnibus merujuk kepada pereka bentuk dan pencetak yang sama mengeluarkan setem bagi negara-negara yang terlibat.
Apa yang jelas di sini, keluaran bersama ASEAN ini direka bentuk oleh 10 pereka bentuk yang berbeza. Cuma terdapat beberapa negara yang berkongsi syarikat percetakan yang sama. Setem-setem Brunei dan Malaysia dicetak oleh Percetakan Keselamatan Nasional Sdn. Bhd., Malaysia. Manakala setem-setem Cambodia, Laos dan Vietnam dicetak oleh Postal Stamp Printing Company, Vietnam. Persamaan amat ketara pada setem-setem Cambodia, Laos dan Vietnam dari segi saiz setem. Ini kerana Cambodia dan Laos, mungkin kekurangan kemudahan percetakan di negara sendiri, sentiasa mendapatkan khidmat syarikat percetakan Vietnam untuk mencetak setem-setem keluaran negara mereka.
BRUNEI DARUSSALAM | CAMBODIA | INDONESIA |
LAOS | MYANMAR | PHILIPPINES |
MALAYSIA | ||
SINGAPORE | THAILAND | VIETNAM |
Selain daripada lembaran setem, terdapat lima buah negara, iaitu Cambodia, Indonesia, Laos, Philippines dan Vietnam ada mengeluarkan setem dan lembaran mini tambahan sempena keluaran bersama ini. Daripada lima buah negara ini, hanya Cambodia sahaja yang mengeluarkan setem tambahan yang berlainan tema berbanding negara-negara lain. Maklumat-maklumat berkenaan setem tambahan adalah seperti rajah di bawah.
CAMBODIA | |
| |
INDONESIA | LAOS |
|
|
PHILIPPINES | |
| |
VIETNAM | |
| |
Selain Setem, Apa Lagi?
Selain daripada lembaran setem, rajah di bawah menerangkan tentang bahan-bahan filateli lain yang dikeluarkan oleh jabatan dan syarikat pos negara-negara ASEAN.
| Negara | Sampul Surat Hari Pertama | Pek Cenderamata | Album ASEAN | Bahan-Bahan Lain / Keterangan |
| BRUNEI DARUSSALAM | √ | |||
| CAMBODIA | √ (2+1*) | *SSHP Robam Tep Apsara | ||
| INDONESIA | √ (2+1*) | √ (CD**) | *SSHP Setem Rp.1,500, **CD Maklumat setem ASEAN | |
| LAOS | √ (1+1*) | *SSHP Rumah Tipikal Lao 7000K | ||
| MALAYSIA | √ | √ | Folder | |
| MYANMAR | √ | |||
| PHILIPPINES | √ (1+2*) | *SSHP Setem P7 & SSHP Lembaran Mini | ||
| SINGAPORE | √ | √ | ||
| THAILAND | √ (2) | √ | √ | |
| VIETNAM | √ (3+1*) | *SSHP Lembaran setem & Kad Maksima |
Tiada sampul surat hari pertama campuran dikeluarkan. Namun begitu, 3 negara iaitu Indonesia, Malaysia dan Thailand ada mengeluarkan Album ASEAN yang mengandungi set lengkap 10 lembaran setem dari kesemua negara-negara ASEAN serta fakta ringkas berkenaan negara-negara tersebut. Boleh dikatakan album keluaran Indonesia adalah yang terbaik kerana selain daripada fakta negara yang agak lengkap, album ini juga disertakan dengan sekeping CD yang memuatkan video klip pengenalan terhadap ASEAN dan gambar-gambar setem yang dikeluarkan.
Ada dijual di mana?
Kebanyakan lembaran setem dan bahan-bahan filateli yang lain masih boleh didapati dengan mudah di eBay dan Delcampe. Namun begitu, terdapat beberapa bahan filateli yang agak sukar dicari. Contohnya seperti Sampul Surat Hari Pertama dari negara Cambodia, Laos dan Myanmar. Begitu juga dengan kad maksima dari Vietnam. Setem Robam Tep Apsara dari Cambodia dan setem Rumah Tipikal Lao yang bernilai 7,000 Kip juga agak jarang ditemui. Setem dan sampul surat hari pertama yang dinyatakan adalah merupakan kunci untuk melengkapkan set keluaran bersama ini.
Langgan:
Catatan (Atom)