Pengenalan
Keluaran bersama ini merupakan yang kesembilan dalam sejarah pengeluaran setem keluaran bersama di Malaysia dan yang ketiga belas di Hong Kong, China. Untuk rekod, keluaran bersama kali ini merupakan yang kedua dalam tahun 2014 setelah keluaran bersama dengan Pos Indonesia pada 24 Mei 2014. Tahun 2014 juga merupakan kali ketiga Pos Malaysia mengeluarkan dua keluaran bersama dalam tempoh setahun, setelah kali terakhir mereka melakukannya pada tahun 2007.
Tajuk untuk keluaran bersama Pos Malaysia dan Hongkong Post ini adalah Makanan Tempatan yang menampilkan makanan-makanan yang biasa ditemui di Malaysia dan di Hong Kong, China. Malaysia sememangnya terkenal dengan Nasi Lemak dan Satay manakala Wafel Telur dan Poon Choi pula merupakan makanan yang tidak asing lagi di Hong Kong, China. Memandangkan blog ini bukanlah blog masakan, maka proses pembuatan makanan-makanan ini tidak akan diterangkan secara terperinci. Cukup hanya menerangkan serba ringkas tentang sejarah makanan-makanan yang terpilih bagi menghiasi setem keluaran bersama ini.

Satay pula merupakan makanan yang biasa ditemui di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Namun begitu, menurut penulis bidang masakan, Jennifer Brennan pada 1988 menerusi "Kitchen Daily: Satay" menyatakan bahawa walaupun Thailand dan Malaysia mengakui Satay berasal dari tempat mereka, namun Satay sebenarnya berasal dari Jawa, Indonesia. Satay diilhamkan daripada pembuatan Kebab India yang dibawa oleh pedagang India Muslim. Malah India juga tidak boleh mengaku sebagai negara asal Satay ini, kerana ia adalah warisan daripada pengaruh masakan dari Timur Tengah. Satay atau Sate ini dikatakan telah mula diperkenalkan sejak awal kurun ke-19. Satay telah diundi sebagai makanan paling lazat nombor 14 daripada 50 makanan paling lazat di dunia. Undian ini telah diadakan oleh CNN Go pada tahun 2011.


![]() |
Bunga Bauhinia (Bauhinia blakeana) |
![]() |
Bunga Raya (Hibiscus rosa-sinensis) |
Ciri-Ciri & Perbezaan
Keluaran bersama kali ini menampilkan empat makanan tempatan yang masing-masing dua mewakili Malaysia dan dua mewakili Hong Kong, China. Pembaca pasti tertanya-tanya, mengapa saya seringkali menulis nama Wilayah Hong Kong, China ini sebagai 'Hong Kong, China'? Ini kerana Hong Kong, China merupakan sebahagian daripada Negara China setelah kedaulatannya diserahkan kembali oleh United Kingdom kepada China pada 1 Julai 1997. Sehingga kini, Hong Kong, China merupakan sebuah wilayah autonomi yang dikenali sebagai "Special Administrative Region (S.A.R.).
Pembaca juga mungkin tertanya-tanya, mengapa pentadbir pos Hong Kong, China ditulis sebagai 'Hongkong Post' dan bukannya 'Hong Kong Post'? Ini kerana Hongkong Post telah ditubuhkan pada 28 Ogos 1841. Pada masa itu, nama wilayah ini kebiasaannya ditulis sebagai 'Hongkong' sehinggalah Kerajaan British Hong Kong mewartakan penggunaan nama 'Hong Kong' pada 3 September 1926. Oleh yang demikian, Hongkong Post mengekalkan namanya memandangkan institusi ini telah hampir 100 tahun beroperasi di wilayah ini. Antara institusi-institusi lain yang turut mengekalkan nama asalnya ialah Hongkong Electric dan The Hongkong and Shanghai Banking Corporation Limited (HSBC). Untuk makluman pembaca juga, Hong Kong Post merupakan akhbar mingguan percuma yang diterbitkan dalam Bahasa Jepun pada setiap hari Jumaat di Hong Kong, China.
![]() |
Set Setem keluaran Pos Malaysia. |
![]() |
Lembaran Cenderamata keluaran Pos Malaysia. |
Setem keluaran bersama ini dilancarkan pada 9 Oktober 2014. Namun begitu, atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan, Pos Malaysia hanya mula menjual keluaran ini pada 17 dan 18 Oktober 2014. Manakala di Hong Kong, China, selain jualan di kaunter pos, Hongkong Post juga ada menjual setem keluaran bersama ini di atas talian pada tarikh yang sama dengan tarikh keluaran ini dilancarkan. Sistem jualannya dibuka seawal jam 8.00 pagi dan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Mereka mengenakan kuota 5 set bahan filateli bagi setiap pelanggan tidak kira sama ada melalui kaunter atau di atas talian.
![]() |
Set Setem keluaran Hongkong Post. |
![]() |
Lembaran Cenderamata keluaran Hongkong Post. |
- Walaupun reka bentuk setem-setem ini kelihatan sama, namun perbezaan yang paling ketara adalah pada saiz setem. Setem keluaran Malaysia bersaiz 30mm lebar dan 50mm panjang. Manakala saiz setem keluaran Hong Kong, China agak kecil sedikit iaitu 28 mm lebar dan 45 mm panjang.
- Warna-warna pada setem-setem keluaran Malaysia lebih terang berbanding setem-setem keluaran Hong Kong, China.
- Terdapat bingkai pada kedua-dua sisi menegak pada setem-setem keluaran Hong Kong, China.
- Terdapat perbezaan pada susun atur maklumat setem seperti nama negara, tahun keluaran, nilai setem, tajuk keluaran dan nama makanan. Namun begitu, susunan gambar makanan, gambar bunga dan latar belakang adalah sama.
- Sedikit perbezaan pada susunan setem, susunan setem-setem Malaysia boleh diubah dengan mudah kerana tiada perbezaan pada nilai setem. Namun begitu, jika merujuk pada susunan setem pada lembaran setem dan pada poster promosi, susunan asal setem Malaysia adalah seperti rajah di bawah:
Rajah menunjukkan susunan setem Malaysia. Petak biru mewakili makanan Malaysia dan petak jingga mewakili makanan Hong Kong, China. - Susunan setem Hong Kong, China pula adalah mengikut nilai setem masing-masing. Susunan setem Hong Kong, China adalah seperti rajah di bawah:
Rajah menunjukkan susunan setem Hong Kong, China. Petak jingga mewakili makanan Hong Kong, China dan petak biru mewakili makanan Malaysia. - Lembaran cenderamata Malaysia direka bentuk dalam format menegak manakala lembaran cenderamata Hong Kong, China direka bentuk dalam format melintang. Namun yang demikian, setem-setem pada lembaran cenderamata dikeluarkan dalam bentuk sepasang (se-tenant). Oleh yang demikian, boleh dirumuskan bahawa setem keluaran bersama ini dikeluarkan dalam 2 versi, iaitu 4 keping setem berasingan dan 2 keping setem sepasang (se-tenant).
Butiran Teknikal Setem | ||
Nama Negara / Wilayah Autonomi
|
Malaysia
|
Hong Kong, China
|
Tajuk Keluaran
|
Makanan Tempatan: Keluaran Bersama Kuala Lumpur, Malaysia - Hong Kong, China
|
Hong Kong, China - Malaysia Joint Issue on Local Food
|
Nilai Setem
|
RM1.40 x 4 reka bentuk
|
HK$1.70, HK$2.90, HK$3.70 dan HK$5.00
|
Saiz Setem
|
30mm x 50mm
|
28mm x 45mm
|
Saiz Lembaran Cenderamata
|
90mm x 170mm
|
135mm x 85mm
|
Tebukan
|
14
|
13.5 x 13.25 (satu tebukan berbentuk elips di bahagian tengah sisi menegak setem)
|
Kertas
|
Kertas keselamatan bersalut fosfor
|
Kertas keselamatan dengan fiber
|
Proses Percetakan
|
Litografi
|
Litografi
|
Pereka Bentuk Setem
|
Lim Kooi Yong (K.Y. Lim),
Reign Associates Sdn. Bhd.
|
Tsoi Ka-ching
|
Pencetak
|
Cartor Security Printing, France
|
Cartor Security Printing, France
|
Kandungan Setem Dalam Setiap Helaian
|
20 keping setem (10 keping setem x 2 reka bentuk)
|
25 keping setem
|
Pos Malaysia juga mencetak risalah yang mengandungi maklumat-maklumat yang ringkas dan padat berkenaan dengan setem-setem yang dikeluarkan. Seperti keluaran-keluaran setem Malaysia yang lain, risalah ini didatangkan bersama dengan sampul surat hari pertama. Maklumat-maklumat ini disampaikan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Manakala Hongkong Post pula mencetak maklumat-maklumat berkenaan setem-setem yang dikeluarkan pada bahagian belakang sampul surat hari pertama. Maklumat-maklumat ini disampaikan dalam Bahasa Mandarin Tradisional dan Bahasa Inggeris.
Selain Setem, Apa Lagi?
Pos Malaysia mengeluarkan 4 keping setem, lembaran setem, lembaran cenderamata, sampul surat hari pertama dan folder. Manakala Hong Post pula mengeluarkan 4 keping setem, lembaran setem, lembaran cenderamata, sampul surat hari pertama, pek cenderamata dan pek cenderamata khas yang mengandungi setem-setem kedua-dua buah negara dan wilayah autonomi.
Jadual di bawah menunjukkan senarai harga bahan-bahan filateli yang dijual oleh Pos Malaysia dan Hongkong Post:
Jadual di bawah menunjukkan senarai harga bahan-bahan filateli yang dijual oleh Pos Malaysia dan Hongkong Post:
Senarai Harga Bahan-Bahan Filateli | ||
Nama Negara / Wilayah Autonomi
|
Malaysia
|
Hong Kong, China
|
Setem
|
RM5.60
|
HK$13.30 (+/- RM5.72)
|
Lembaran Setem
|
RM56.00 - 2 lembaran
|
HK$332.50 - 4 lembaran (+/- RM142.93)
|
Lembaran Cenderamata
|
RM5.60
|
HK$13.30 (+/- RM5.72)
|
Sampul Surat Hari Pertama (Kosong)
|
50 sen
|
HK$1.20 (+/- 52 sen)
|
Sampul Surat Hari Pertama (Setem)
|
RM7.10
|
HK$17.00 (+/- RM7.30)
|
Sampul Surat Hari Pertama (Lembaran Cenderamata)
|
RM7.10 - dilakukan secara persendirian. Tidak dikeluarkan oleh Pos Malaysia kerana saiz sampul surat yang kecil.
|
HK$17.00 (+/- RM7.30)
|
Sampul Surat Hari Pertama (Sampul Kenangan)
|
RM16.10 - hanya ditawarkan kepada pemegang akaun SODA, iaitu Sampul Surat Hari Pertama (Setem) kedua-dua buah negara.
|
HK$30.00 (+/- RM12.88)
|
Folder
|
RM6.00
|
Tiada
|
Pek Cenderamata
|
Tiada
|
HK$24.00 (+/- RM10.31)
|
Pek Cenderamata Khas
|
Tiada
|
HK$48.00 (+/- RM20.62)
|
![]() |
Sampul Surat Hari Pertama (Setem) keluaran Pos Malaysia. |
![]() |
Sampul Surat Hari Pertama (Lembaran Cenderamata). Tidak dikeluarkan secara rasmi oleh Pos Malaysia, hanya dilakukan secara persendirian. |
![]() |
Sampul Surat Hari Pertama (Setem) keluaran Hongkong Post. |
![]() |
Sampul Surat Hari Pertama (Lembaran Cenderamata) keluaran Hongkong Post. |
Amat sayang sekali kerana Pos Malaysia tidak mengeluarkan Sampul Kenangan bagi keluaran bersama ini. Sebaliknya hanya Sampul Surat Hari Pertama (Setem) Malaysia dan Hong Kong, China sahaja yang ditawarkan kepada pemegang akaun SODA. Maka yang demikian, peminat-peminat setem keluaran bersama di Malaysia telah mengambil inisiatif sendiri dengan menampal setem-setem Malaysia pada Sampul Surat Hari Pertama (Setem) Hong Kong, China dan telah membatalkan setem-setem tersebut menggunakan cop hari pertama yang disediakan oleh Pos Malaysia.
Hongkong Post pula telah mengeluarkan Sampul Kenangan dan ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada peminat setem kedua-dua negara dan wilayah autonomi ini. Perbezaan ketara pada Sampul Kenangan yang dikeluarkan oleh Hongkong Post dan Sampul Kenangan yang dibatalkan di Malaysia adalah pada cop hari pertama Malaysia. Cop hari pertama Malaysia yang digunakan oleh Hongkong Post tiada perkataan 'Kuala Lumpur'. Sedangkan di Malaysia, setiap cop hari pertama mempunyai nama ibu negeri, daerah atau pejabat pos tempat cop hari pertama itu digunakan.
![]() |
Sampul Kenangan Malaysia. Tidak dikeluarkan secara rasmi oleh Pos Malaysia, hanya dilakukan secara persendirian. |
Secara umumnya makanan tempatan sememangnya menjadi daya tarikan pelancong-pelancong untuk berkunjung ke sesuatu tempat. Maka dengan pengenalan makanan tempatan popular dalam setem keluaran bersama ini secara tidak langsung merupakan salah satu langkah promosi yang tepat bagi menggalakkan aktiviti pelancongan di Malaysia dan Hong Kong, China. Sememangnya tidak sukar untuk mencari makanan-makanan tempatan ini, hanya yang membezakannya ialah sama ada makanan yang dimakan itu lazat atau sebaliknya. Segalanya bergantung kepada cita rasa dan selera diri sendiri.
Setem-setem keluaran bersama ini juga masih boleh didapati dengan mudah di pejabat-pejabat pos, laman perniagaan elektronik seperti eBay, Delcampe, Lelong, Mudah dan sebagainya. Setakat pada masa penulisan ini dibuat, saya dimaklumkan lembaran cenderamata dan Sampul Kenangan keluaran Hongkong Post dijual pada harga yang agak tinggi ekoran permintaan yang menggalakkan bukan sahaja daripada peminat setem di Malaysia dan Hong Kong, China, malah daripada peminat setem keluaran bersama seluruh dunia.
Penghargaan dan Daftar Pustaka
- Pos Malaysia Berhad (http://www.pos.com.my)
- Hongkong Post (http://www.hongkongpost.hk)
- Forum Persatuan Setem Malaysia (http://www.psmonline.org/forum)
- Joint Stamp Issues Society (http://www.jointstampissues.net/)
- Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (http://prpm.dbp.gov.my/)
- Sejarah Nasi Lemak (http://en.wikipedia.org/wiki/Nasi_lemak)
- Sejarah Satay (http://en.wikipedia.org/wiki/Satay)
- Sejarah Wafel Telur (http://en.wikipedia.org/wiki/Egg_waffle)
- Sejarah Poon Choi (http://en.wikipedia.org/wiki/Poon_choi)
- Sejarah Bunga Raya (http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/profil-malaysia/7959-bunga-kebangsaan.html)
- Sejarah Bunga Bauhinia (http://herbarium.gov.hk/SpecialTopicsDetails.aspx?oneId=20&SectionId=3)
- Gambar-gambar dalam penulisan ini diambil dan diubah suai daripada sumber-sumber berikut:
- Nasi Lemak (http://www.posterkini.com/8-kedai-nasi-lemak-di-lembah-klang-anda-mesti-cuba/)
- Satay (http://www.applefoodees.com/%E2%80%98klasik%E2%80%99-satay-station-at-taman-ehsan-kepong/)
- Wafel Telur (http://www.tripadvisor.com/LocationPhotoDirectLink-g29105-i18667145-Arcadia_California.html)
- Poon Choi (http://kaleidoscope.cultural-china.com/en/8Kaleidoscope6372.html)
- Bunga Raya (http://indahnya-bahasa-kita.blogspot.com/2011/03/syair-bunga-raya.html)
- Bunga Bauhinia (http://www.freundfloweringtrees.com/bauhinia-blakeana-hong-kong-orchid.html)
- Gambar-gambar bahan filateli adalah daripada koleksi peribadi saya sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan